Scotland The Woke (Versi Bahasa Melayu)

0
86

This is in Malay or Bahasa Melayu. If you can’t understand Bahasa Melayu, you may use Google Translate or enroll in an online Malay language class. If you are one of the online Wokist thought-police patrolling the vast badlands of cyberspace to hunt down opponents to Wokism, we will provide the following short summary:

“Woksim has no place in Malaysia.”

Ucapan Sir Wenger sempena perayaan Hari Presiden (macam kita sambutlah)

Virus Wokisme semakin berleluasa. Kini, negeri Scotland sudah hampir tumbang kepada virus tersebut dengan hampir kesemua pemimpin negeri tersebut menjadi penganut Wokisme. Malah Parlimen Scotland sudah pasti mewartakan “Hate Crime Bill” , iaitu rang undang-undang yang atas nama nampaknya murni tetapi penuh dengan pelbagai muslihat.

Seperti apa yang menjadi prinsip kita ketika memberi komen berdasarkan isu berkenaan hubungan antarabangsa, Scotland negara berdaulat. Ini bermaksud  Parlimen Scotland bebas untuk mewartakan apa jua rang undang-undang mengikut musim politik semasa. Jikalau Scotland ingin menjadikan fahaman Wokisme sebagai asas dan teras negara tersebut, kita sambutlah dengan ungkapan,

Go ahead. Ruin your own country.

Wokisme ibarat munafik yang kata macam ini tetapi buat macam itu.

Namun demikian, kita sebgai rakyat Malaysia boleh menilai samada perdekataan yang diambil oleh Parlimen Scotland akan memberi kesan jangka masa panjang kepada negara kita. Kalau dahulu, semasa pemerintahaan Tun Dr Mahathir versi 1.0, banyak negara – negara Kutub Selatan, dari Brazil, Afrika Selatan sampailah ke Indonesia, begitu menghormati Malaysia kerana pemimpin kita begitu lantang memberi kata dua kepada empayar globalis. Pada ketika itu, ramai yang kena balun, dan Tun Dr Mahathir tidak memlih bulu ataupun takut berdepan dengan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Australia (kuasa kecil).

Tetapi pada saat ini, seluruh rantau Asia dan negara-negara Kutub Selatan tiada lagi “statesman” yang boleh bangun dan menyatakan polisi negara dengan terang dan tegas. Malaysia, sebagai negara Timur,  tidak boleh menerima fahaman Wokisme yang mengkaburkan konsep jantina seseorang dan konsep tersebut bukan lagi Lelaki ataupun Perempuan.  Meskipun kita beragama Kristian, kami percaya dalam padahal ini, tentangan kami terhadap Wokisme mungkin mendapat sambutan dari rakan-rakan kami yang beragama Islam.

Kita perlu bersatu dalam saat yang genting ini.

Konsep memecahkan rakyat pendekatan yang diangkat oleh puak British ketika mereka menjajah kesemua pelusuk dunia. Persengketaan sesama kita hanya akan memberi jalan kepada penganut Wokisme mengembangkan fahaman mereka ke perairaan kita.

Kerana inilah kami begitu lantang menyatakan perlunya ada Permuafakataan Nasional diantara parti-parti besar yang mewakili rakyat Melayu.

Hentikanlah peperangan sesama sendiri semenjak Perjanjiaan Pangkok 150 tahu dahulu! 

Ini kerana jikalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak bersatu dan tegas dalam menyatakan bantahan kita terhadap sebarang agenda untuk memasukkan agenda Wokisme kedalam masyarakat Malaysia, kita mungkin akan tumbang kepada Wokisme.

Fikirlah jikalau anak – anak kita diajar Wokisme dari bangku sekolah.

Hancur Malaysia sekiranya ianya berlaku!

Sebagai langkah awalan, kami di Rembau Times sudah “de-platform” hampir ke-semua produk – produk keluaran Scotland. Dari mentega, ikan salmon, daging ataupun apa jua keluaran negara tersebut, kesemuanya akan di de-platform. Malah jikalau kita membeli minyak petrol pun, setakat boleh cubalah dapat pengesahan yang minyak itu tidak berasal  dari telaga minyak laut dalam di perairaan negeri tersebut kerana ianya mungkin mengangdungi virus Wokisme.

Ekonomi Scotland ini kecil berbanding dengan ekonomi negara Malaysia.

Ekonomi Scotland menguncap dengan teruk pada 2020. Biarlah mereka dengan Wokisme.

Akhir kata, ingatlah apa yang kita belajar semasa di peringkat sekolah rendah dahulu dimana kita diberi amaran tentang bahanya budaya Barat. Bagi kami, zon Barat sudah diambang kehancuran, biarlah kita melihat sebagai penonton dan jangan tergesa-gesa mengangkat negeri tersebut sebagai lebih maju dan terikut-ikut agenda Woksim.

De-platform Today

De-platform Tomorrow

De-platform Forever.


Warning: A non-numeric value encountered in /home/customer/www/rembautimes.com/public_html/wp-content/themes/Newspaper/includes/wp_booster/td_block.php on line 326

LEAVE A REPLY