Berita baik bagi UMNO

    0
    182

    Lembaga Pengarah The Rembau Times yang telah bersidang petang tadi mengumumkan tarikh UMNO dijangka akan kembali berkuasa di Putrajaya telah dipercepatkan dari May 2020 ke Ogos 2019.

    Ini bermakna The Rembau Times menganggap kerajaan Pakatan Harapan yang sedia ada hanya akan dapat bertahan selama 6 bulan lagi sebelum retak dan terus berpecah.

    Mengulas berkenaan ramalan tersebut, Ketua Pengarah Rembau Times, Sir Wenger Kheri berkata:” Isu – isu yang melanda gerombolan Pakatan Harapan ini sudah menarik perhatiaan agensi antarabangsa seperti Fitch Solutions. Mereka menganggap kemungkinan besar PH akan menghadapi masalah dalaman dan kami juga berkongsi pandangan tersebut. Masalah dalaman inilah yang mungkin akan membawa kepada undi tidak percaya dan akhirnya keputusan ditentukan oleh rakyat. Jikalu rakyat diberi peluang mengundi buat kali kedua PH akan kalah teruk di Semenanjung Malaysia. Najib jugalah yang mengenal Maniam.

    Najib jugalah yang rajin turun bawah ke padang sambil menyebabkan kerajaan PH kepanasan kerana tidak tahu cara melawan Najibnoma.

    Beliau juga menambah bahawa pucuk pimpinan yang ada dalam UMNO amat berkaliber dan membuat perbandingan dengan kelab Manchester United. “Dahulu bawah pengurus sebelum ini, United asyik kalah ataupun seri sehingga pernah ketinggalan jauh dari menempah tempat dalam kejohanan  Liga Juara Juara Eropah.  Solskajer  yang sebelum ini tidak banyak menunjul dibawa masuk dan disitulah kita lihat kebangkitan Manchester United. Sama seperti UMNO – kebangkitan UMNO dibawah Tok Mat ini sudah pun bermula. Ahli UMNO perlu menyahut tren ini dan sama-sama mula menggerakan usaha kerana UMNO bakal kembali berkuasa dalam masa yang amat singkat sekali. Jangan terlewat kerana selepas pekara ini termakbul, pastinya orang  akan bertanya dimanakah engkau ketika UMNO nazak tidak lama dahulu. 

    LEAVE A REPLY