UMNO, ambilah ikhtibar setelah dimaki oleh “orang itu.”

    "Hard talk" bagi pemimpin UMNO supaya UMNO dapat bangkit kembali

    0
    525

    Kami amat terharu mendengar luahan Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa “orang itulah” menyamakan UMNO setaraf dengan najis yang berat. Meskipun “orang itu” mempunyai persepsi yang amat buruk terhadap UMNO, persoalannya apakah ianya tepat ataupun tidak?

    Untuk mengupas tajuk tersebut dengan lebih lanjut, kita kena memahami apa itu UMNO dengan menggunakan analogi berikut.

    Contohnya, anda ingin menaja majilis makan malam bagi segerombolan sahabat handai dan kaum keluarga. Anda berunding dengan katerer dan akhinrya memilih menu yang menyajikan rendang, nasi briyani, telur masak dadar, ayam goreng dan gulai kambing.  Harga yang ditawarkan ialah RM 20,000 untuk 500 orang, bersamaan dengan RM 40 seorang.  Pada hari tersebut, semuanya berjalan dengan lancer dan para hadirin begitu gembira dengan jamuan yang disediakan.

    Tetapi apakah yang bakal terjadi jikalau majilis tersebut di “UMNO”kan?

    Beberapa pekara yang bakal berlaku. Pertama, kontrek tersebut akan di”sab”kan, ataupun dijual dengan komisen 10% satu peringkat Maka tangan pertama mendapat keuntungan RM 2,000. Tangan kedua yang mengusahakan kontrek tersebut akan bertemu dengan katerer mentah yang belum berpengalaman berurus dengan UMNO. Pihaknya akan begitu ghairah mendapat kontrek tersebut dan berangan-angan akan dapat membekal bahan makanan bagi majilis UMNO yang seterusnya.  Setelah majilis itu berakhir, beliau akan mengemukakan invoisnya kepada Bahagian UMNO yang bertanggungjawab. Dari saat itulah mulanya pembelajaraan modul “101 Apa Itu UMNO” kerana invoisnya tidak akan dilayan. Yang mungkin bakal berlaku pihak kedua sudahpun membolos projek terseput dan menerima wang walaupun tidak memotong pun seulas bawang. Itulah maksudnya istiliah apabila sesuatu pekara itu “diUMNOkan” ataupun dengan ertinya orang yang mengaut keuntungan atas kerja orang lain berdasarkan kedudukan didalam parti.

    Maka tidak salahlah “orang itu” menyamakan UMNO dengan najis berat. Perhitungan bukan lagi berdasarkan perjuangan parti tetapi lebih kepada mendapat wang atas angin. UMNO bukan sahajanya sinonim dengan penipuan, pembohongan, malah juga dengan kejahilan, kegilaan dan kebodohan. Itulah yang dinamakan dengan isitilah Bahasa inggeris :”If the shoe fits, then wear it.”

    Akan tetapi, pekara ini boleh diperbetulkan jikalau warga UMNO sendiri insaf dan tidak mahu parti mereka dipenuhi dengan mahluk parasit ataupun lintah darat. Pembersihan UMNO perlu dilakukan disetiap peringkat, bermulalah di Ibu pejabat UMNO, dimana banyak mahluk tersebut menyembunyikan diri sampailah ke peringkat Bahagian dan cawangan. Akaun urusan parti perlul dibentangkan kepada pihak umum supaya tiada lagi syak wasangka dana parti digunapakai untuk mengkayakan golongan-golongan tertentu. Yang pentingnya, golongan penipu ini perlulah dikeluarkan dari UMNO, dan mereka yang menikmati kekayaan atas kedudukan dalam parti perlu tampil kedepan untuk memberi sumbangan supaya UMNO tidak hancur sama sekali. Jikalau UMNO berjaya berbuat demikian, maka UMNO tidak lagi akan disamakan dengan najis yang berat, malah akan menjadi harum dan tidak lagi dipandang keji oleh rakyat mahrean.

    LEAVE A REPLY