Warkah terbuka kpd Dato Puad Zarkashi

0
801
Puad Zarkashi - pemimpin yang matang dan stabil emosi. Tapi dalam hal 1MDB JASA jelas berbohong kepada rakyat.

Ini posting ketiga dan terakhir kami berkenaan Pengarah JASA, Dato Puad Zarkashi.

Kalau dahulu kami menyokong beliau semasa beliau mengutarakan pendapat berkenaan krisis di FGV, kemudian kami memberi pandangan sinis ketika beliau menempelak cadangan PAS adanya RCI bagi 1MDB, dan posting ini pula bersifat cadangan untuk pertimbangan tuan.

Tetapi walau bagaimanapun, Dato Dr Puad dianggap diantara anggota MT UMNO yang terpenting menjelang PRU 14. Segala langkah dan strategi serta gerak-gerak halus didalam pegangan beliau sebagai Pengarah badan propaganda kerajaan iaitu JASA.

Sebagai seorang pendagang saham dan opsyen di Bursa Saham New York (NYSE), kadang kali kita mengambil risiko besar ketika memegang posisi yang besar semalaman (“overnight position”).  Kadang kala ianya berbaloi kerana posisi kita bertambah baik, kadang kala ianya tidak memberi apa jua faedah walaupun kita telah menanggung risiko yang besar dan kadang kala ianya mengakibatkan mimpi ngeri.

Mimpi ngeri ini yang akhir-akhir ini kerap kali berlaku disebabkan adanya perubahan sentimen dalam jangka masa 12 jam. Saham yang dianggap sebagai pemenang boleh terus jatuh ke lantai meskipun segala petunjuknya baik. Contohnya, saham Caterpillar yang telah melonjak naik pada perniagaan awal semalam (24-Apr) akhirnya jatuh mendadak pada sesi petang.

Meskipun sedemkian, keadaan itu boleh juga dimanfaatkan. Yang perlunya, kita kena berfikir pantas dan tidak boleh tergamam.

Jikalau kita menghitung bahawa realiti di pasaran amat berbeza dengan jangkaan awal, kita perlu menutup segala posisi dan terus melabur kedalam posisi yang bertentangan.

Contohnya, kita berpendapat saham ini akan naik dan membeli ‘call opsyen’ tetapi kemudiaannya saham itu mula goyah dan kita mula mengalami kerugiaan yang besar.  Pada saat itulah, pekara yang harus dilakukan ialah menutup posisi tersebut dan terus membeli posisi bertentangan dan lebih berisiko. Kadang kala, nilai posisi bertentangan itu lebih besar dari posisi asal.

Jikalau perhitungan baru itu tepat, malah kerugiaan yang besar itu boleh juga ditimbus dan menjadi keuntungan yang lagi besar.

Inilah dinanakan ‘swing trading’.

Mustahaknya ialah ‘timing’. Tidak boleh terlalu awal dan tidak boleh terlalu lewat.

Tetapi yang pastinya ‘swing trading’ itu hanya berbaloi sebelum ianya dilaksanakan oleh pihak lain kerana setelah itu tiada lagi keuntungan yang bakal diperolehi. Malah jikalau kita terkejar-kejar, besar kemungkinan kerugiaan besar yang kita alami itu boleh bertambah menjadi kerugiaan yang lebih besar jikalau kita sudah terlewat.

Meskipun kami amat tidak bersetuju dengan pendustaan berkenaan 1MDB yang dicanang oleh pihak JASA, namun kami tetap  menghormati Dato sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mengamalkan politik wang ketika pemilihan UMNO terlebih dahulu.

Kami juga menganggap Dato sebagai calon berkemampuan, pentadbir dan setidak-tidaknya, kaliber setaraf Menteri ataupun Menteri Besar.

Penutupnya, sebagai Pengarah JASA, kemahiran yang perlu ada ialah untuk membaca mood pengundi dengan lebih terperinici berbanding ahli politik lain.  Kami pula membaca ada terdapat perubahan mendadak didalam ‘mood’ rakyat.

Memang tepat saranan DPM yang berkata bahawa Dato Puad kena menerima realiti. Tetapi apakah realiti tersebut?

Maka terpulanglah kepada pihak Dato samada hendak melakukan ‘swing trading’ yang besar menjelang PRU 14.

Bah kata pepatah Wall Street, “the market is very volatile right now.’

LEAVE A REPLY