Armada Pakatan Harapan menghala ke Putrajaya

0
940

Kelangsungan pucuk pimpinan Pakatan Harapan mengasak kubu-kubu kuat Barisan Nasional yang  dipegangi sejak zaman kemerdekaan nampaknya sudah mula membuahkan hasil.

Tun Mahathir semakin kelihatan seperti bakal Perdana Menteri

Diketuai oleh Tun Dr Mahathir, beliau memainkan peranan umpama ‘Winston Churchil’, Perdana Menteri Britain ketika Perang Dunia Kedua yang terkenal dengan ucapannya yang begitu menaikkan semangat warganegara British untuk terus bertahan dan tidak mengalah kepada pihak Nazi. Program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan mendapat sambutan luar biasa meskipun diadakan di kubu kuat Barisan Nasional. Kalau dahulunya pembangkang akan dihalau keluar dari tempat tersebut, tetapi kini ramai yang sudi hadir, bersembunyi dalam kegelapan atau menjenguk keluar tingkap hanya untuk mendengar ucapan Tun yang begitu bersemangat mengajak rakyat membuat perubahan untuk menyelematakan negara dari kleptokrasi.

Dato Seri Mukhriz menggempur di Utara sementera Tun Mahathir menggempur di Selatan

Tidak sekadar itu, malah pasukan pimpinan teratas Pakatan Harapan sudah nampak begitu cekap memainkan peranan masing-masing dalam menyempurnakan aturcara yang dianjurkan oleh jentera parti PH.  Cara penyampaiaan ceramah oleh Mat Sabu yang banyak menyelit cerita jenaka dan pandai mengubah nada suara, kadang kala ‘slow’ untuk membina perhatiaan dan kemudiaan meletup untuk menekankan intipatinya amat tepat kepada pengundi luar bandar. Lagipun kalau dahulu BN berkempen berbekal video kurang enak , sekarang pula PH berkempen berbekal rakaman audio pemimpin PAS yang mengaku mendapat sogokan ‘Cash is King’ dari UMNO.

Tan Sri Muhiyiddin pula berucap sama seperti seorang pemimpin nasional dimana kandungan isi ceramahnya penuh dengan fakta dan penganalisan yang tepat.

Manifesto Pakatan Harapan banyak membantu peneroka Felda berkat usaha Sdr Mazlan Aliman.

Saudara Mazlan Aliman pula boleh bergelar ‘Mister Felda’.

Kesemua pekara, butir data berkenaan campur tangan mahluk halus dan transaksi yang mencurigakan yang berasal dari Wisma Felda sudah nampaknya berada di tangan beliau. Berdasarkan fakta dan butiran tersebut ,beliau boleh berhujah dengan penuh keyakinan. Ini menyebabkan pembangkang mula diterima di rancangan tanah Felda banyak disebabkan oleh pengurusan Felda yang lemah dimana peneroka dibebankan dengan hutang beratus ribu ringgit. Kini, peneroka – peneroka Felda yang menganggap diri mereka sebagai pengundi ‘totok UMNO’ sudah tidak malu lagi bersalaman dan memninta pandangan dari saudara Mazlan berkenaan apakah langkah baru yang bakal diambil oleh kerajaan PH jikalau mereka berkuasa kelak nanti.  Berbanding pemimpin UMNO yang kadang-kala berhujah secara berterabur, saudara Mazlan nampaknya begitu cekap mengupas dengan mendalam berkenaan segala bantuan yang bakal disalurkan jikalau PH mengambil alih tampuk pemerintahaan.

Pemimpin negara, wira bangsa dan bukan pemakan dedak

Pemimpin –peminpin lain, tidak kira dari Lim Guan Eng bersama cadre-cadre DAP seperti Liew Chin Tong dan pemimpin PKR masing-masing memainkan peranan masing-masing. Meskipun pada lewat Feb 2018, The Rembau Times telah meramalkan kemenangan bagi Pakatan Harapan namun kesudiaan rakyat berbilang kaum, khususnya pengudi Melayu, memeriahkan upacara Pakatan Harapan jauh diluar dugaan kami. Lonjakan sokongan yang telah diberi menguatkan lagi ‘momentum’ jentera PH menghadapi pilihanraya dan memberi kepercayaan kepada pemimpin, penyokong dan pengundi bahawa sesuatu yang amat luar biasa bakal berlaku.

Mula bergerak sebagai satu pasukan.

Sebaliknya, jentera parti Barisan Nasional nampaknya tidak begitu bertenaga. Program-program yang dianjurkan nampaknya sama dan tidak banyak berubah.

Apakah sokongan rakyat yang digembar-gemburkan sekadar wayang Kabuki untuk menyedapkan hati pemimpin besar.

Kehadiraan pun banyak kali diwajibkan dan pemimpin BN sendiri kadang kala tidak tahu samada gambaran yang diberi itu benar ataupun lakonan “Kabuki” yang mungkin berakhir dengan bab tragedi.  Tiada mesej jelas yang cuba disampaikan kepada rakyat selain cuba menggambarkan Tun Dr Mahathir sebagai punca segala penderitaan didalam dunia.

The Rembau Times boleh memberi jaminan bahawa strategi ini akan hancur sama sekali. Mesej BN yang begitu tertumpu untuk menghentam PH sebagai kuda tunggangan DAP tidak lagi berbuah hasil kerana barisan kepimpinan tertinggi PH terdiri dari orang Melayu. Rakyat yang kian menderita disebabkan oleh GST dan kesan skandal 1MDB kepada nilai matawang ringgit boleh siapakah manikam dan siapakah Maniam.

Biarlah pemimpin BN yang masih waras pemikirannya mula mengatur ‘Pelan B’ dan tidak bersama menghentam Tun Dr Mahathir kerana khuatir nanti akan terpaksa insaf kelak.

Natijahnya, kesimpulan yang dapat diperolehi dari roadshow – roadshow PH yang diadakan di merata tempat di Malaysia adalah jelas. Berdasarkan sokongan yang diberi, sudah jelas rakyat menganggap Pakatan Harapan ini umpama armada besar yang sedang menghala ke Putrajaya.  Amat mendukacitakan menjadi pemimpin kerajaan yang hanya mampu membisu meskipun khazanah negara dirembat oleh Jho Lo dan seketunya. Lebih mendukacitakan lagi menjadi pembangkang kerana pekara sama. Terpulanglah kepada pemimpin BN samada untuk membuat ikhtibar melawan arus sekarang juga supaya tidak dihanyutkan kelak nanti.

LEAVE A REPLY