Mampukah GST ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan?

0
975

Persoalaan cepu emas ialah samada cukai GST ini boleh ditarik balik seperti mana yang termaktub didalam manifesto gabungan Pakatan Harapan ataupun ianya sekadar ‘janji dicapati’ .

Seperti mana yang dihuraikan oleh Perdana Menteri sendiri, pungutan GST pada tahun 2017 melebehi RM 40 billion.  GST ini berbeza dengan cukai lain kerana ianya umpama pukat tunda yang tidak mengenal mangsa. Mereka yang mendirikan keluarga yang lebih besar, yang rata-rata terdiri dari orang Melayu terpaksa membayar cukai GST yang lebih tinggi oleh kerana ianya cukai berdasarkan penggunaan.  Disamping itu, kenaikkan kos harga barang dan pengucupan nilai matawang ringgit, sementara gaji rakyat Malaysia tidak banyak berubah umpama peribahasa “sudah jatuh ditimpa tangga.”

Pandangan The Rembau Times ialah cukai GST ini beban BN yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat oleh kerana tidak celik ketika membuang undi pada PRU 13. The Rembau Times percaya cukai GST ini mampu dimansuhkan dalam 100 hari pertama kerajaan pimpinan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir sepertimana yang dihuruaikan dibawah ini.

  1. Kerajaan pimimpinan Tun Dr Mahathir kerajaan yang mesra rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran

Pekara pokok ialah prestasi kepimpinan yang bakal ditentukan pada PRU 14.  Berbeza dengan kerajaan pimpinan Dato Sri Najib, kerajaan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir tidak pernah mengenakan cukai yang bakal membebankan rakyat, khususnya orang Melayu. Di samping itu, kerajaan yang dipimpin Tun Dr Mahathir tidak takut melakukan pendiriaan yang berbeza dengan pandangan ortodoks ekonomis demi melindungi  kepentingan rakyat. Ini jelas terbukti didalam zaman kegawataan ekonomi pada tahun 1998, dimana Tun Dr Mahathir berani menepikan pendekataan World Bank / IMF dan menurukan kadar faedah disamping mengenakan kawalan modal untuk meringankan beban rakyat.

Pada keitika itu, negara berdepan dengan cabaran ekonomi yang luar biasa dan ramai yang meramalkan tanahair akan menjadi padang jarak, padang terkukur oleh kerana Tun sanggup menentang imperialis dari New York dan London.  Namun, pendekatan Tun Dr Mahathir itu akhirnya diterima oleh Bank Dunia sebagai pendekataan yang amat berkesan dan menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi pada tahun 1999 – 2000.

  1. Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir tidak akan berboros dan pandai mengawal bajet

The Rembau Times menganggap kerajaan kepimpinan Dato Seri Najib terlalu berboros dan tidak pandai mengawal bajet. Contohnya, pada 2011 pungutan hasil kerajaan hanya RM 186 billion sementara pada tahun 2017, pungutan hasil kerajaan sudah hampir mencecah RM 220 billion dengan adanya GST. Namun, beban hutang kerajaan pada waktu itu hanya RM 456 billion berbanding dengan RM 686 billion pada akhir 2017.

Kemana hilangnya RM 230 billion ini sementara kerajaan mampu memperolehi pungutan hasil tambahan sebanyak RM 40 billion setahun?

Kami di The Rembau Times masih tertanya-tanya.

Lebihan hasil RM 40 billion setahun itulah cukai GST yang bakal dikembalikan kepada rakyat jikalau ada perubahan diperingkat kerajaan.

  1. Nilai matawang Ringgit akan bertambah kukuh

Kenaikkan kos harga barang bukannya disebabkan oleh pengenaan cukai GST tetapi juga disebabkan oleh keruntuhan nilai matawang Ringgit dipasaran antarabangsa. Jikalau nilai matawang Ringgit bertambah kukuh, maka kuasa membeli rakyat juga akan mengembang dan kos impot barang mentah akan turun.

Pekara utama yang menyebabkan pengucupan nilai matawang Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat oleh kerana keyakinan pelabur asing telah tergugat disebabkan oleh pelbagai berita negatif disebabkan oleh 1MDB yang telah menyebabkan negara kita ini dicam sebagai ‘negara kleptokrasi’.  Jikalau adanya perubahan dipucuk pimpinan, maka pelabur asing akan bertambah yakin bahawa negara ini bukannya negara kleptokrat dan akan meletakkan harga yang lebih tinggi kepada matawang kita ini.

Maka ini sebahagaian dari pandangan The Rembau Times.  Meskipun kami percaya asas ekonomi negara kita ini kukuh oleh kerana berkat titik peluh rakyat negara ini yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran, namun kita masih berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan oleh kerana kita dikuasai oleh kerajaan kleptokrasi. Kami menggesa rakyat di negara ini membuat peniliaiaan yang terperinci  sebelum sanggup dirinya dikongkong  oleh golongan-golongan tertentu untuk terus berkuasa.

 

 

 

LEAVE A REPLY