Terkini : Isa mendapat kad merah. Zakaria terima kad kuning kedua

    0
    475

    Berita Terkini : Berkat usahasama pelbagai pihak ,pengaruh Tan Sri Isa dalam hal ehwal  FGV dan Felda akhirnya tamat pada hari ini dalam sejarah bersamaan dengan 19 haribulan Jun 2017.

    Namun Perdana Menteri nampaknya tidak mengendahkan pandangan The Rembau Times yang mahu Datuk Zakaria kembali menerajui FGV. Dato Sri Najib terus menyokong usaha menyingkir Datuk Zakaria walaupun Datuk Zakaria banyak berjasa kepada FGV.  Ini tidak lain tidak bukan kerana Datuk Zakaria berani melawan arus dengan mempertikaikan tindakan tatatertib yang tak logik dan berat setelah.

    Maka tak hairanlah nilai saham FGV tidak naik secara mendadak seperti apa yang dijangka berlaku jikalau Datuk Zakaria kembali menjadi CEO. Ini tidak lain tidak bukan rasa kurang puas terhadap seorang anak Felda yang bangun menentang penjanjahan FGV oleh kepentingan peribadi pihak – pihak tertentu.

    Ini juga sedikit sebanyak menunjukkan bagaimana kerajaan pimpinan Dato Sri Najib mahu rakyat berbilang kaum wala ; mengikut jari telunjuk ketua dan menerima takdir tanpa melawan. Hanyalah rakyat dari Tanah Besar Cina yang sudah mula bermastautin disini mungkin dikecualikan.

    Mahu tak mahu kita terpaksa akur bahawa sikap feudal inilah yang mahu diperkembangkan oleh Kerajaan . Walaupun kita berada di abad ke 21 tetapi Perdana Menteri banyak menekankan sifat taat dan wala dalam penerangannya kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ianya seakan mahu minda orang Melayu terus ketinggalan di kurun ke 19. Kala sebegitu, bangsa Melayu, khususnya mereka yang berkecipung didalam dunia koperat tak akan maju kalau dihambat  . Lihatlah mata wang ringgit yang jauh merundum dan dipandang rendah oleh masyarakat antarabangsa.

    Kalau dahulu kita bertuankan British , kini kita bertuankan ahli politik dan rakan-rakan orang kenamaan.  Baik buruk sesuatu pekara tidak relevan , yang pentingnya kita tunduk dan angguk kepala.

     

    LEAVE A REPLY