Tanya direk kepada Perdana Menteri.

    1
    1371
    Rakyat Malaysia menanggung beban akibat perbuatan Najib dan konco-konconya

    Ini merupakan nukilan The Rembau Times bersifat emosi sedikit.

    Pertamanya, kami bersumpah tidak menerima walau satu sen pun dari mana-mana pihak. The Rembau Times dibangunkan oleh golongan professional yang cintakan negara dan mahu negara ini maju ke depan.

    Kami bukannya tidak sehaluan dengan Perdana Menteri dalam kesemua pekara. Kami paham, GST itu terpaksa dikuat kuasakan dan kami tidak menyalahkan Perdana Menteri kerana berbuat demikian. Tetapi kami tidak boleh menerima bagaimana kita sebagai kepimpinan negara mengiyakan pekara yang terang-terang salah dan telah mengakibatkan pelbagai malapetaka kepada negara dibiarkan berlarutan.

    Lihatlah bagaimana rakyat negara ini terpaksa menanggung beban disebabkan oleh kenaikkan harga kos barang. Sebahagian darinya disebabkan oleh penurunan matawang ringgit. Kalau dilihat dari segi ekonomi, hampir keseuma petunjuk ekonomi ‘ok’ kecuali penjualan singkat matawang US Dollar oleh Bank Negara, tetapi nilai matawang kita mengecil disebabkan oleh karenah Perdana Menteri.

    Tak serikah wahai pemimpin UMNO melihat kaum kerabat kita terpaksa mengikat perut hanya kerana kos harian hidup sudah meningkat tanpa henti? Tak serikah wahai pemimpin UMNO melihat peruntukan Kementerian dikurangkan untuk membayar balik tanggungan 1MDB?

    Kami terpanggil untuk menukil cerpen ini kerana merasa teramat hampa melihat bagaimana Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammudin Tun Hussein Onn, anak seorang Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO terpaksa mengeluarkan hujah bodoh hanya untuk mempertahankan benang yang basah.

    Beliau yang sudah menjadi anggota Kabinet hampir dua puluh tahun dan dikatakan sebagai pewaris kerusi Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan membuta tuli hanya untuk mempertahankan bagaimana wang rakyat disalah gunakan oleh Jho Low dan kuncu-kuncunya untuk berjudi, minum arak dan meniduri artis – artis.

    Wang rakyat dipergunakan untuk meniduri artis. Pekara yang amat menjijikkan.
    Wang rakyat dipergunakan untuk meniduri artis. Pekara yang amat menjijikkan.

    Kami tertanya – tanya, apa guna pemimpin UMNO mendabik dada kononnya mempertahankan agama dan bangsa jikalau pekara yang buruk sedemikian rupa tidak diendahkan? Apakah pemimpin UMNO melihat perjuangan politik mereka hanya untuk menikmati kerusi yang lebih berkuasa ataupun wang yang lebih yang banyak?

    Walaupun ada pemimpin UMNO yang takut supaya tidak tersilap langkah untuk mengejari kedudukan dan tampuk kuasa, namun sedarlah bahawa hal tuju negara ini lebih penting dari kepentingan politik masing-masing.  Apakah pemimpin UMNO sekarang menganggap bahawa riwayat politik mereka lebih penting dari negara?

    Faham-fahamlah, lembaran hidup ini ada kalanya rasa pahit ketika kita melawan arus untuk menegakkan pekara yang betul.  Kami faham, bagi mereka yang sudah berumur, kadang kala merasa takut jikalau kita menyuarakan pendapat yang perlu disuarakan, maka hari itulah segala-gala yang dinikmati akan hancur sebegitu sahaja.

    Braveheart, William Wallace, kalah tetapi disanjungi ramai
    Braveheart, William Wallace, kalah tetapi disanjungi ramai

    Memang itulah nasih seorang yang hidup dalam ketakutkan.

    Mereka mungkin akan panjang umurnya , mungkin akan sampai dapat lihat cucu-cicitnya tetapi apakah yang bakal diberitahu kepada mereka.

    Wang yang banyak, kereta yang berjenama, kondo yang mewah itu semua berkat usaha ayah?

    Apakah yang mereka akan menjawab?

    Ayah mendidik kita supaya tidak berkelakuan baik dan meletakkan nasib sendiri mengatasi kesemuanya?

    Apakah itu yang menjadi teladan yang kita sampaikan kepada cucu-cicit kita? Maka tak hairanlah, mereka bakal dipengaruhi dengan pelbagai anasir buruk dan meruntuhkan rumah tangga masing – masing. Itulah hakikat yang perlu diterima.

    Jangan harap jikalau kita sudah berkuasa maka segala-galanya akan berubah. Jikalau kita bertolak ansur dengan Jho Low hari ini, kelak nanti kita sendiri akan bertolak ansur dengan Jho Low diwaktu itu.

    Perjuangan memerlukan pengorbanan – ayuh Menteri UMNO, tanyalah direk kepada Perdana Menteri soalan yang membuku dihati kesemua warganegara Malaysia pada sidang kabinet Rabu ini –

    ” Siapakah Malaysian Official 1?”

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY