Rembau Times mematahkan hujah LSS satu demi persatu

1
1366

Salah satu kaedah spin ialah menyelitkan pembohongan ditengah-tengah fakta yang tulen.  Pihak The Rembau Times akan membongkar satu demi persatu, hujah yang dibawa oleh blogger tersohor Lim Sian See  berdasarkan fakta.

  1. It is still a civil suit for forfeiture of assets and not a criminal suit.

Hujah pertama bahawa tiada pekara baru yang terdapat dialam saman DOJ selain daripada lebih banyak asset yang hendak disita jelas merupakan pembohongan. Ini kerana DOJ telah dapat mengesan lebih banyak wang yang dilencongkan oleh para konspirator sebanyak RM 19 ribu juta ringgit dimana sebelumnya ianya dianggarkan sebanyak RM 15 ribu juta ringgit. (Pautan : Sama pertama, Saman kedua)

  1. It is essentially a continuation of the previous suit in July 2016.

Hujah kedua memberi gambaran seolah-olah 1MDB telah berjaya mengaut keuntungan dan menyelesaikan sebahagian besar dari beban hutangnya dalam tempoh Jul 2016 sehingga ke Jun 2017. Pekara ini merupakan pembohongan kerana dalam tempoh masa tersebut, 1MDB tiada lagi aset yang berupaya menjana aliran tunai kerana stesen janakuasa elektrik yang dibelinya telah dijual kepada pihak Cina. Pada masa yang sama, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa hanyalah hutang sebanyak RM 3 billion yang berjaya diselesaikan oleh   1MDB dalam tempoh waktu tersebut (pautan: 1MDB has cleared 3 billion ringgit in debts, says Malaysian PM). Lebih-lebih lagi penjanjiaan jual beli tanah Bandar Malaysia diantara 1MDB dengan usahasama Iskandar Waterfront Holdings dan syarikat Cina CREC telah runtuh sama sekali, maka tidak tahu dari mananya datang aliran tunai yang digembar-gemburkan itu.

  1.  None of the money allegedly spent or invest legally belongs to 1MDB. 

Hujah ini cuba mendakwa oleh kerana dana 1MDB yang dituduh dilarikan oleh pihak-pihak tertentu diperolehi oleh terbitan bon antarabangsa yang dijamin oleh pihak ketiga, maka ianya bukan tanggungan 1MDB dan merupakan tanggungan beban pihak ketiga. Maka segala wang RM 19 billion yang dilarikan itu sebenarnya bukan milik 1MDB dan rakyat negara ini tidak membabitkan kepentingan rakyat negara ini.

Ini hujah yang bodoh oleh kerana meskipun dana 1MDB diperolehi dari terbitan bon antarabangsa yang sepatutnya dijamin oleh IPIC, namun tanggungan beban hutang tersebut telah jatuh kepada Perbendaharaan negara dan 1MDB.  Ini jelas melalui timbang tara yang dipersetujui oleh pihak Kerajaan dan 1MDB dengan syarikat IPIC diman kerajaan akan membayar USD $1.2 billion (RM 5 billion)  kepada IPIC, dimana separuhnya dibayar pada bulan Julai 2017 dan selebihnya diselesaikan pada bulan Dis 2017. Lebih-lebih lagi, faedah keatas bon-bon yang sepatutnya dijamin oleh IPIC akan dibayar oleh pihak kerajaan.

Faedah yang kena dibayar oleh pihak kerajaan / 1MDB kira-kira RM 800 juta setahun. Ini bermakna jumlah wang yang mengalir keluar dari negara disebabkan hutang 1MDB ini menjangkaui RM 7 billion dalam tempoh 6 bulan akan datang oleh sebab pembayaran balik hutang Deutsche Bank  dan RM 800 juta setahun dalam dua – tiga tahun yang akan datang.

  1.  DOJ’s allegations that the BSI or Cayman units were over-valued or wrongly-valued are irrelevant to 1MDB

Pembohongan yang ketara didalam hujah diatas ialah bahawa ‘unit saham’ didalam dana Bridge Global Absolute Return Fund SPC mempunyai nilai USD $2.5 billion .  Unit dana ini dikendalikan oleh Bridge Partners dan didaftarkan di kepulauan Cayman Islands.  Aset yang terkandung didalam dana ini hanyalah pegangan aset kedalam PetroSaudi yang tidak cair dan dimana nilai aset tersebut jauh lebih rendah dari nilai yang cuba diletakkan oleh 1MDB.

Sebaliknya, transaksi tersebut distruktur untuk mengaburi mata juru odit dengan mengubah  perakaunan pinjaman kepada PetroSaudi kepada perakuanan yang pada mulanya berdasarkan nilai saksama (‘fair value’) unit Bridge Global. Meskipun pada mulanya pengodit luar Deloitte telah meletakkan nilai sebanyak RM 7.7 billion namun  mereka telah menarik balik pendapat oditnya.  Maka hujah nilai dana ini sebanyak USD $2.5 billion jelas pembohongan kerana segala penyata 1MDB yang telah diodit oleh penodit luar tidak lagi boleh dipercayai. (Link: 1MDB Advises Caution on Financial Statements, Auditor Resigns).  Sehingga hari ini, unit dana tersebut tidak dapat dicairkan dan sepatutnya dikurangkan nilainya kepada sifar.

Pembohongan yang berikut cuba memberi gambaran seolah-olah 1MDB telah mula mendapat pulangan dari dana tersebut.  Melalui bantuan pihak FBI dan kerjasama pihak – pihak berkuasa lain, DOJ telah dapat merangka bagaimana 1MDB memberi gambaran seolah-olah aset kepulauan Cayman itu memberi pulangan denngan mengkitarkan dana yang diperolehi dari pinjaman bank kepada akaun Brazen Sky seperti yang tertera dibawah.

Dana dikitar untuk memberi gamabaran seolah - olah dana Brazen Sky mampu menjana aliran tunai.
Dana dikitar untuk memberi gamabaran seolah – olah dana Brazen Sky mampu menjana aliran tunai.
  1.  DOJ’s allegations that money was siphoned off from 1MDB’s Deutsche Bank loan has nothing to do with 1MDB

Pembohongan memberi gambaran bahawa oleh kerana dana yang diperolehi oleh pinjaman Deutsche Bank digunapakai untuk membatalkan opsyen ke atas unit tenaga 1MDB, maka 1MDB tidak bertanggung jawab bagaimana dana tersebut dipergunakan.

Ini pembohongan oleh kerana tanggungan membayar balik hutang Deutsche Bank akhirnya jatuh kepada rakyat negara ini disebabkan kata putus yang dipersetujui didalam proses timbang tara diantara IPIC dan Kerajaan.

Kerajaan telah bertindak memikul beban hutang tersebut dan akan membuat pembayaran sebanyak RM 5 billion dalam tempoh masa enam bulan akan datang untuk membayar balik hutang berkumpul sebanyak USD $1.2 billion.

Maka rakyat negara ini berhak mendapat tahu apakah pelupusan opsyen tersebut dibuat dengan nilai harga yang tinggi hanyalah untuk mengkayakan individu-invididu tertentu dimana beban yang ditanggung akhirnya jatuh kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia.

Ulasan berhubung kait kenyataan Menteri Pertahanan

Mengeluarkan kenyataan kurang cerdik
Mengeluarkan kenyataan kurang cerdik

Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammudin Tun Hussein Onn mengeluarkan kenyataan kurang cerdik dimana beliau mencabar DOJ untuk mendakwa mereka yang terlibat didalam skandal 1MDB jikalau dakwaan DOJ dibelakangi dengan bukti yang sahih.  Kami berpendapat sedemikian oleh kerana :-

  1. Tuntutan sivil ini merupakan langkah awal yang diambil oleh DOJ untuk menyita aset tersebut berdasarkan undang-undang Amerika Syarikat
  2. Dakwaan yang tersenerai didalam tuntutan sivil tersebut dilengkapkan dengan kenyataan bersumpah oleh pegawai penyiasat FBI.

DOJ juga tidak memberi apa jua petunjuk samada akan mendakwa pihak yang terlibat dengan kanun jenayah Amerika Syarikat.  Namun, kepentingan Amerika Syarikat didalam rantau Asia Tenggara sedikit sebanyak tergugat oleh kerana keakraban di antara Malaysia dan negera China.

Walaupun kerajaan negara ini sepatutnya bebas menentukan apakah hal tuju neagara ini dipersidang antarabangsa, samada kita hendak berkawan dengan Cina, Russia ataupun Amerika Syarikat, namun kita tidak sepatutnya merasa naif bahawa ianya akan dipandang sebegitu sahaja oleh kuasa-kuasa besar di dunia.

Biarlah jalan yang ditentutkan itu berdasarkan pernilaian terhadap baik buruk pendekatan yang bakal diambil dan bukannya untuk menutup kes 1MDB dengan menanggung beban hutang yang lebih besar.

Penutup

Amat sukar untuk mereka yang mewakili pihak kerajaan Malaysia terus berdusta kepada rakyat negara ini oleh kerana hampir kesemua pembohongan telahpun dijawab dengan fakta. 1MDB kini mendapat perhatiaan pihak Kerajaan Amerika Syarikat dimana setiap satu pembohongan akan dibongkarkan satu demi persatu.

Lagipun kerajaan Amerika Syarikat nampaknya bersungguh sungguh mahu membenam MO#1 . Biarlah pemimpin UMNO mengunci mulut dan tidak mengeluarkan hujah hujah bodoh dan tidak masuk akal. Sementara its biarlah rakyat Malaysia bersabar oleh kerana negara ini dipimpin oleh mereka yang rendah akhlaknya dan suka berbohong.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY