The Rembau Times ingin memberi ulasan ringkas berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kerajaan berkenaan saman civil terbaru yang dikeluarkan oleh Department of Justice (DOJ) dua hari yang lepas.  Meskipun tuntutan civil itu merangkumi lebih 200 muka surat, kita akan mengfokuskan kepada dua halama sahaja, iaitu halaman pertama dan halaman terakhir.

Kami terhadkan ulasan yang diberi hanya kepada fakta kes, konsisten dengan pendiriaan The Rembau Times untuk berhujah berdasarkan fakta.

pg1

Apakah tindakan sivil ini disebabkan perbuataan khianat?

Persoalan pertama yang perlu dirungkai ialah kenapa Department of Justice masih menyiasat kes 1MDB sedangkan kes tersebut telah ditutup oleh penguatkuasaan undang-undang didalam negara. Kalau berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Penerangan, Datuk Salleh Said Keruak, beliau mendakwa ianya kerana pemimpin pembangkang telah melakukan perbuataan khianat dengan meminta campur tangan asing ke dalam hal ehwal negara.

Pendapat tersebut merupakan persepsi yang terbentuk didalam minda Menteri Penerangan tetapi ianya jauh dari fakta-fakta kes tersebut. 

Ini jelas terbukti dengan ayat pertama yang terkandung didalam saman civil yang dibuat oleh DOJ berikut :

The plaintiff is the United States of America.

Istilah ‘plaintif’  ini bermaksud pihak yang merasakan dirinya telah dianiyaya oleh perbuataan pihak yang dinamakan ‘defenden’.  ‘Defenden’ kepada kes ini telah diterangkan didalam ayat kemudian yang berikut:

The defendant in this action is Certain Rights to and Interests in the Viceroy Hotel Group, (hereinafter, the “DEFENDANT ASSET”), more particularly described in Attachment A.

Ianya  membawa maksud defenden yang dinamakan itu merupakan kepentingan kedalam Viceroy Hotel Group, atau secara lebih meluas kepentingan yang terbentuk kedalam aset-aset kepunyaan Viceroy Hotel Group. Pada masa yang sama, pihak plaintif pula turut sama mengemukakan tuntutan untuk menyita 16 aset yang terdiri daripada kapal layar, lukisan, hartabenda, berlian dan sebagainya.

Kepentingan syarikat Mubadala kedalam aset-aset yang hendak disita mungkin juga terjejas akibat tindakan sivil ini.
Kepentingan syarikat Mubadala kedalam aset-aset yang hendak disita mungkin juga terjejas akibat tindakan sivil ini.

Natijahnya, tidak ada satu pun dari aset yang diseneraikan itu milik Kerajaan Malaysia.  Ianya bukannya perbuataan yang menjejaskan kepentingan negara.

Maka kenyataan YB Menteri Penerangan itu tidak betul kerana

  1. Pertama, pihak plaintif, iaitu negara  Amerika Syarikat bertindak kerana pihak defenden dilihat melanggar undang-undang negara tersebut,
  2. Keduanya, pihak defenden merupakan kepentingan kedalam aset Viceroy Hotel Group yang tiada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia dan
  3. Ketiga, aset yang turut sama hendak disita bukan milik Kerajaan Malaysia.

Kenapa Kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu berhubung dengan Pejabat Peguam Negara

Keduanya, kita ingin mengulas  kenyataan Ketua Peguam Negara bahawa “tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB.

Pekara ini boleh dijawab dengan halaman terakhir, iaitu mukasurat 251 yang tertera dibawah.

Kenyataan bersumpah pegawai penyiasat agensi Kerajaan Amerika Syarikat
Kenyataan bersumpah pegawai penyiasat agensi Kerajaan Amerika Syarikat

Maka kenyataan Pihak Peguam Negara tidak tepat kerana kes tuntutan sivil yang dikemukan oleh Department of Justice berpaksi kepada kepercayaan  agensi penyiasat kerajaan Amerika Syarikat bahawa terdapat aset yang dimiliki oleh individu, seperti  Viceroy Hotel Group, yang diperolehi melalui penyalahguaan wang 1MDB.

Tuduhan tersebut bukannya dibuat sewenang-wenangnya tetapi dihuraikan secara terperinci didalam kandungan kes sivil tersebut.

Tuduhan tersebut terbentuk oleh kerana aktiviti yang  aktiviti pengubahan wang haram dan dimana akhirnya ianya digunakan untuk membeli aset yang hendak disita oleh Kerajaan Amerika Syarikat . Ianya telah diterangkan didalam kandungan sivil tersebut setebal 250 muka surat.

Yang pentingnya, tuduhan tersebut dilengkapkan dengan kenyataan bersumpah yang dikeluarkan oleh En. Robert B. Heuchling, Pegawai Penyiasat Khas dari FBI, iaitu agensi penyiasat perseketuaan kerajaan Amerika Syarikat.

Didalam kenyatannya beliau bersumpah sepanjang pengetahuannya bahawa kandungan kes tersebut tepat dan berdasarkan bukti yang diperolehi dari tiga sumber iaitu

  • Fail dan rekod rasmi kepunyaan Kerajaan Amerika Syarikat
  • Maklumat – maklumat lain yang telah dapat diperolehi oleh pelbagai sumber (‘historical information’)
  • Maklumat yang telah disampaikan oleh badan penyiasat lain, keterangan pakar dan kenyataan yang diperolehi dari pelbagai saksi

Itu sahajalah yang ingin kami berkongsi pendapat dengan para pembaca.

 

LEAVE A REPLY