Puad Zarkashi – pemimpin yang matang dan stabil emosinya

0
176
Puad Zarkashi - pemimpin yang matang dan stabil emosi

Diantara barisan kepimpinan Majilis Tertinggi UMNO yang lebih menyerlah sejak dua tiga tahun yang lepas, ialah YBhg Datuk Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi. Dan diantara ciri-ciri kepemimpinan beliau yang disegani oleh banyak pihak ialah sifat kematangan beliau, khususnya kematangan emosi.

Sifat kematangan emosi ini antara sifat yang paling penting bagi membentuk seseorang pemimpin peringkat nasional.  Ianya mustahak kerana seseorang pemimpin peringkat nasional terdedah kepada kepelbagaian isu yang sering kali timbul. Kadang kala ianya membabitkan soal kesetiaan kepada kepemimpinan parti seperti isu pertelagahan diantara Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak.  Kadang kala ianya membabitkan soal perundangan syarikat dan hal tadbir syarikat seperti isu FGV. Kadang kala ianya membabitkan soal hubungan antarabangsa, soal hubungan antara kaum dan sebagainya.

Walaupun isu yang menjadi buah mulut rakyat  berubah minggu ke minggu dari segi rupa bentuk dan isi kandungannya, namun yang pasti ialah isu – isu ini akan timbul dan seseorang pemimpin peringkat nasional kenalah berani memberi ulasan.

Dalam pada itu, Datuk Zarkashi tidak bersalah kerana mengutarakan pendapatnya bahawa kedua-dua pihak yang bertelagah dalam isu FGV ini kenalah meletak jawatan. Pandangan ini mewakili pandangan konservatif dan ada hujahnya yang tersendiri.  Meskipun The Rembau Times menyokong kuat pandangan Dato Zakaria diletakkan kembali menjadi CEO, namun kami dapat menerima pandangan yang lain.

Yang pentingnya pandangan tersebut disampaikan secara hormat dan beradab. Inilah kelebihan Datuk Puad Zarkashi – dia tidak emosi, mempunyai mental yang stabil dan dihormati orang lain walaupun kadang kala mereka mempunyai pandangan yang berbeza.  Diharap Datuk Puad Zarkashi akan terus diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk berjasa kepada rakyat dan negara.

LEAVE A REPLY