FGV – Fakta tanpa sebarang auta

0
251

FGV bukannya hanya sebuah syarikat semata-mata tetapi merupakan sebahagian daripada tiang seri identiti orang Melayu pada abad ke 21. Ramai diantara mereka terperanjat dengan cara CEOnya dipecat, gara-gara hanya kerana menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau.

Isu membabitkan FGV tidak harus dipandang enteng oleh mana – mana pihak. Orang Melayu sering terdengar pandangan sinis yang dilontarkan oleh orang lain bahawa FGV tidak maju disebabkan ianya syarikat yang diketuai oleh orang Melayu. Tanggapan yang sama turut didengar oleh wartawan Rembau Times dengan telinganya sendiri.

Untuk membolehkan pembaca, khususnya para pembesar UMNO memahami isu ini dengan lebih mendalam, pihak The Rembau Times ingin berkongsi pandangan ringkas ini berdasarkan fakta, tanpa sebarang auta dan disokong oleh data.

  1. Apakah Dato Zakaria bersalah dalam transaksi membabitkan Safitex.

Alasan yang digunakan oleh Tan Sri Isa untuk meminta Dato Zakaria berhenti menjadi CEO ialah oleh kerana tunggakan sebanyak RM 50 juta  membabitkan penjualan produk kepada Safitex LLC, iaitu sebuah syarikat perniagaan yang bertempat di Dubai.   Kejadiaan ini berlaku oleh kerana penjualan dibuat secara “open account” dan tidak membabitkan surat kredit (LC).

Bagi sesiapa yang pernah berkecimpung didalam perniagaan membabitkan kommoditi, pekara ini bukanlah pekara yang jarang-jarang berlaku. Ianya disebabkan terma-terma perjanjiaan jual beli dengan Safitex dibuka dengan had kredit. Maka, Dato Zakaria tidak bersalah didalam pekara ini.  Pendekatan yang harus diambil oleh pengurusan FGV ialah memastikan syarikat tersebut memperketatkan pengawasan kredit, menggunakan transaksi berstruktur dan memperbaiki sistem kutipan hutang.

2. Mengapa saham FGV telah jatuh dengan teruk?

Jawapannya senang sahaja. Sepanjang tempoh masaTan Sri Isa menjadi Pengerusi FGV hampir kesemua petunjuk keuntungan telah merosot dengan teruk.  

Keuntungan selepas cukai
Keuntungan selepas cukai jatuh dengan teruk.
FGV's Yield Per Mature Ha lags far behind peers
Pengeluaran tandan buah segar jatuh secara mendadak.
FGV's administrative cost cuts into profits
Kenaikkan kos pentadbiraan yang tidak terkawal

Dengan pendedahan Dato Zakaria, ada unsur-unsur tertentu yang memaksa syarikat tersebut membuat pelaburan yang tidak masuk akal meskipun pelaburan tersebut cuba dihalang olehnya. Jelas nampaknya Dato Zakaria begitu bersungguh-sungguh cuba membangunkan syarikat tersebut tetapi nampaknya usaha beliau mendapat tentangan oleh tangan-tangan ghaib.

3.  Patutkah Dato Zakaria diberhentikan dan tugasnya diambil orang lain?

Persoalan ini hanya boleh dijawap oleh Perdana Menteri. Nampaknya Dato Zakaria telah dijadikan mangsa hanya kerana darah Felda mengalir dalam tubuh badannya dan beliau tidak rela syarikat yang begitu berkait rapat dengan mata pencariaan warga Felda diperkudakan oleh orang lain. Lagipun, Dato Zakaria telah mula meletakkan FGV dilandasan yang betul. ‘Pelaburan tidak masuk akal’ seperti pelaburan ke dalam Cambridge Nanonsystem ditentang habis-habisan. Program Kawalan kos diberi keutamaan dan nampaknya sudah mula membuahkan hasil dengan penurunan kos operasi sebanyak RM 100 juta dalam pada tempoh tahun pertama beliau menjadi CEO.

4.  Apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu FGV?

Jawapannya senang sahaja: Pecat Isa, rombak Lembaga Pengarah dan letakkan Dato Zakaria kembali menjadi CEO dan Ketua Pengarah. Ianya berbaloi kerana ianya akan:-

  • Membawa kepada lonjakkan saham diantara RM 0.30 hingga RM 0.50.  Nilai harga FGV begitu murah sekali bukan kerana ianya tidak baik dari segi struktur syarikat dan aset-aset yang dimilik tetapi oleh kerana pengurusan yang lemah atau sering diganggu oleh ‘mahluk – mahluk halus’.
  • Meredakan kemarahan warga Felda. Warga Felda sudah berada ditahap hilang sabar oleh kerana beban hutang yang begitu besar. Perbuataan oleh Tan Sri Isa ibarat menuang minyak ke atas api.
  • Menaikkan semangat kakitangan FGV.
  • Memberi peluang kepada Dato Zakaria untuk menyusun semula FGV. Biarlah mereka yang tidak sanggup berkorban demi kebaikkan syarikat tersebut dinyahkan. Biarlah beliau menjayakan programnya untuk menaikkan lagi keluaran tandan buah segar FFB sebanyak 30% menjelang tahun 2020. Biarlah beliau senyapkan segala tomahan yang dilontarkan oleh orang lain berkeneaan kebolehan pengurus berbangsa Melayu mengemudi syarikat besar dimana barisan pengurusannya rata-rata terdiri dari kalangan orang Melayu.

Penutup

The Rembau Times juga ingin memberi nasihat berkenaan tuil-tuil keuntungan yang perlu diperbaiki

  1. Rantaian bekalan. Kami tidak begitu gemar mendengar khidmat perkhidmatan penyumberan luar akan digunakan untuk mengendali rantaian bekalan. Ianya sepatutnya dibangunkan didalam FGV kerana ianya amat penting untuk dijadikan sebagai tuil keuntungan. Ianya boleh dibangunkan menggunapakai pangkalan data dimana setiap penghantaran didalam rantaian bekalan dikesan dan dipantau
  2. Jenama produk : Jenama produk FGV hanya tertumpu kepada jenama yang diketahui oleh orang Melayu. FGV perlu memperluaskan saluran pengedaran secara terpilih dan membangunkan jenama produk untuk pasaran bukan Melayu dan pasaran dunia ketiga.
  3. Menggalakkan rakan niaga menggunakan kemudahan kewangan berstruktur:  FGV harus menggunakan kemudahan kewangan berstruktur untuk rakan-rakan niaga. Contohnya pembiayaan gudang, kemudahan komoditi repo, kemudahan asas pinjaman berdasarkan komoditi, instrumen perlindungan nilai dan sebagainya. Dengan cara ini ianya dapat mengurangkan inventori dan penghutang dan dengan itu mengurangkan risiko kepada syarikat tersebut.

Diharap Perdana Menteri akan mengambil berat berkenaan nasib syarikat FGV.

LEAVE A REPLY