Tahniah. Tahniah. Tahniah.

2
226

8-Nov-2020, Rembau : Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah pun mengucapkan tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Bagus. Tahniah. Wonderful.

Rembau Times pula mengambil pendiriaan untuk tunggu dan lihat.

Kita menunggu keputusan rasmi yang akan disahihkan oleh Dewan Perundangan Negeri masing-masing seperti yang termaktub didalam perlembagaan Amerika Syarikat. Buat masa ini, keputusan pilihanraya di Arizona belum lagi disahihkan, serta juga di Georgia. Presiden Trump telah mengfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya di Michigan, Wisconsin dan di Pennsylvania dengan Makamah Tinggi Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan – puan, ramai ketua – ketua negara telah mengucapkan tahniah kepada Joe Biden meskipun keputusan rasmi belum diterima. Dari segi tersebut, langkah yang diambil Perdana Menteri tidaklah begitu janggal.

What is dis…

Nota: Bacalah perenngan 1 Seksyen 4 Article 1 Perlembagaan Amerika Syarikat. Di Pennsylvania, Trump mengfailkan kes menuduh parti Demokrat menerima undi jauh lebih lewat dari tarikh yang ditetapkan oleh DUN Pennsylvania. 

Untuk pengetahuan tuan – tuan dan puan – puan, secara peribadi kami telah mengandaikan bahawa Presiden Trump mungkin akan mengaku kalah oleh kerana parti Repulikan akan membuat perhitungan politk peribadi dan tidak akan bersama Presiden Trump dan akan menjauhkan diri dari Presiden Trump.

Akan tetapi ciapaan Twitter dari Ahli Kongress berpengaruh Alexandria Ocasio-Cortez, ataupun lebih dikenali dengan gelaran AOC, yang mengancam akan mengenakan tindakan terhadap penyokong Trump, termasuk kakitangan kerajaan pusat, nampaknya senjata yang memakan tuan.  Untuk panduan tuan-tuan dan puan – puan, ada yang menerangkan bahawa ciapan AOC telah melanggar tidak kurang dari 5 ketetapan undang-undang, khasnya hak individu. Tetapi AOC selamat bersultan dimata dan beraja dihati oleh kerana ketua FBI buat masa ini nampaknya berasal dari puak anti-Trump.

Meskipun AOC membayangkan penyokong Trump akan bertindak untuk membakar laman twitter masing-masing, sebaliknya akaun Twitternya digempur beribu-ribu ciapan yang memaparkan rasa tidak puas hati terhadap ciapan tersebut.  Bagi kami ciapan Twitter AOC begitu penting terhadap proses pilihanraya Presiden oleh kerana jikalau parti Republikan tidak bersama Trump dua – tiga hari yang lepas, maka hampir pasti Trump terpaksa mengaku kalah.

Namun menurut ciapan Twitter dan video Youtube yang dipamerkan di media sosial, nampaknya parti Republikan masih teguh bersama Presiden Trump untuk menunggu keptusuan yang bakal dikeluarkan oleh Makamah Tinggi Amerika Syarikat. Pendiriaan ini telah menaikkan semangat Presiden Trump untuk terus berjuang dan dia nampaknya tidak akan berganjak dan tidak akan mengaku kalah. Don’t givap Mister President! 

Sebaliknya, Ahli Kongres, Senator, Gabenor terus merapatkan saf dan menyokong Presiden Trump secara sebulat suara. Mereka yang menyokong Biden cumalah cebisan kumpulan NeoCon Bush yang tidak lagi berpengaruh dialam parti tersebut. Media Amerika Syarikat yang jelas berat sebelah terpaksa mengambil perhatiaan terhadap dakwaan undi hantu yang kian berleluasa.

Contoh keputusan yang muktamad:

Seperti mana yang kita telah huraikan, jikalau Makamah Tinggi Amerika Syarikat berpihak dengan Presiden Trump, pelbagai senario mungkin akan terjadi. Kita tidak boleh meneka apakah yang bakal berlaku, oleh itu bagi kami, keputusan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat belum muktamad.

Lebih-lebih lagi, DUN Wisconsin, Pennsylvania dan Michigan dikuasai parti Republikan. ADUN kawasan tersebut akan membuat pemilihan siapakah yang bakal membuang undi Elektorat untuk menentukan siapakah yang akan menduduki White House. Seperti mana yang kita juga huraikan, jikalau Makamah Agung Amerika Syarikat berpihak dengan Trump dan mengambil keputusan bahawa proses pengundiaan tidak telus, maka mengikut perlembagaan Amerika Syarikat, ADUN – ADUN ini yang akan menentukan siapakah menjadi Presiden seperti mana yang berlaku pada tahun 1876.

So , as I have said  – kesemuanya bergantung kepada keputusan makamah.

Keputusan Makamah Tinggi mungkin berpihak dengan Biden, mungkin berpihak dengan Trump, mungkin berpihak dengan Kanye West.

Sebelum ada pihak yang cuba menuduh kita dengan pelbagai tomahan, bacalah terlebih dahulu keputusan yang telahpun diambil oleh Kerajaan Mexico.

Jikalau Biden menang, kita boleh merasa bangga kerana kerajaan Malaysia meneka dengan baik dan berjaya mengucapkan tahniah terlebih dahulu. Ianya juga mungkin bermaksud The Rembau Times akan terpaksa menggulung tikar disebabkan faktor Covid dan sebagainya.

Jika sebaliknya berlaku dan Presiden Trump kembali berkuasa, kita tidak payah merasa risau negara akan terpaksa menerima padah oleh kerana membuat perhitungan yang kurang tepat . Pada saat yang genting ini dimana Presiden Trump boleh menghitung dengan satu tangan siapakah setiakawan, The Rembau Times tetap teguh bersama Presiden Trump .

Sementara menunggu keputusan rasmi yang bakal dikeluarkan, apakah aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa.

  • Makan
  • Tidur
  • Menonton video Spongebob di Youtube
  • Main dam
  • Main congkak+++
  • Belajar sintaksis* : Pekara ini amat sukar sekali
  • Belajar programming+ LISP
  • Berlatih programming Ular Sawa

 

Begitu sakit hatilah kita menerima keputusan ajaib ini

MU HA HA HA HA HA

 


Warning: A non-numeric value encountered in /home/rembauti/public_html/wp-content/themes/Newspaper/includes/wp_booster/td_block.php on line 326

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY