Sistem Raja Berpelembagaan asas kestabilan politk negara

0
117

Tuan – tuan dan Puan – puan sekalian,

Pada saat ketika ini, negara Amerika Syarikat menghadapi krisis politik ekoran pilihanraya Presiden baru-baru ini.

Krisis politik itu tercetus ekoran beberapa insiden dimana proses pengiraan undi yang telah berlarutan ke awal pagi diberhentikan sementera waktu. Pada ketika itu, pengiraan undi memihak kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump , tetapi apabila proses tersebut dijalankan semula pada keesokan hari, beratus-ratus ribu undi baru muncul secara ajaib dan hampir kesemuanya memihak kepada calon parti Demokrat, Joe Biden. Insiden tersebut terjadi di negeri Wisconsin, Michigan, Pennsylvania – negeri – negeri yang bakal menentukan siapakah yang akan menduduki White House di 2021.

Terdapat juga rakaman video yang menunjukkan wakil calon Trump tidak diberi masuk ke dalam dewan pengiraan undi di Michigan dan Pennsylvania. Di Georgia pula, proses pengiraan undi di dalam sebuah daerah yang dijajah parti Demokrat tiba – tiba diberhentikan atas alasan ‘paip air bocor.’ Di Pennsylvania pula di antara pekara – pekara merunsingkan termasuk ‘cai dan‘ dipamerkan di luar dewan mengundi, pengendali pilihanraya yang berat sebelah dan tarikh penerimaan kertas undi dilanjutkan untuk memberi ruang kepada Joe Biden mencari undi bagi merapatkan jurang dengan Presiden Trump.

Tidak kira siapa menang, pihak yang kalah tidak akan menerima keputusan.

Natijahnya, tidak kira siapa yang menang, pihak lawan tidak akan bersetuju. Jikalau Trump menang, mereka yang terkena “Demam Anti-Trump” akan mendakwa ianya kerana Trump menang di mahkamah. Jikalau Biden menang, penyokong Trump akan mendakwa Biden menang kerana undi hantu.

Di harap kita tidak terjebak ke dalam kancah politik Amerika Syarikat seperti mana yang telah terjadi kepada media massa negara jiran.

Untuk pengetahuan tuan – tuan dan puan – puan, proses pengkiraan undi di dalam pemilihanraya di Amerika Syarikat tamat secara rasmi pada hari Rabu minggu ke 2 di dalam bulan Disember. Jikalau Biden memperolehi 270 undi elektorat yang sah, maka dia selamat di nobatkan sebagai Presiden ke – 46 Amerika Syarikat.

Jikalau Presiden Trump berjaya menegakkan bukti bahawa ada penyelewangan secara berleluasa , Makamah Tinggi Amerika Syarikat boleh memberi kata putus kepada House Delegation, iaitu delegasi ahli Kongress dari Amerika Syarikat. Dalam senario tersebut, Trump boleh kekal sebagai Presiden Amerika Syarikat kerana parti Republikan mencapai majoriti melalui House Delegation, dimana setiap negeri di beri satu undi dan tidak berdasarkan komposisi penduduk. Kesemuanya akan diputuskan oleh Makamah Tinggi Amerika Syarikat. Pekara tersebut pernah berlaku pada tahun 1876.

Sebagai tekaan semata-mata, jikalau Makamah Tinggi tidak mahu terlibat atau menendang keluar dakwaan Presiden Trump, mungkin terjadi rusuhan yang berleluasa oleh penyokong Presiden Trump. Ini bukan andaian tetapi kebarangkalian berdasarkan tinjauan media sosial dimana video – video yang memaparkan kejadiaan tersebut mendapat lebih dua juta tinjauan. Lebih- lebih lagi, pihak berkuasa Amerika Syarikat baru sahaja memberantas percubaan keganasan domestik ekoran pilihanraya tersebut.

Pengenalan di atas hanya untuk memberi beberapa senario yang bakal berlaku. Senario yang paling mudah ialah Presiden Trump menerima kekalahan, tetapi kita tidak pasti samada ianya akan berlaku.  

Apa – apa pun, itu masalah Amerika Syarikat, bukan masalah Malaysia.

Kita patut berterima kasih kerana Perlembagaan Negara meletakkan Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara serta pentadbiran pilihanraya yang telus melalui SPR.  Tunjang  tersebut, terutamanya peranan Duli Tuanku YDPA serta Sultan-Sultan Melayu dalam perlantikkan Perdana Menteri dan Menteri Besar,  berjaya mengelakkan berlakunya rusuhan kaum ataupun rusuhan politik meskipun kita telah mengubah kerajaan di peringkat nasional dan di peringkat negeri beberapa kali sejak kebelakangan ini. 

Ini kejayaan yang amat membanggakan dan tidak harus dipandang enteng oleh mana – mana pihak.

Tetapi, hakikatnya, jikalau kita cuba membandingkan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia dengam Amerika Syarikat, kita boleh merasa bangga kerana sistem demokrasi kita jauh lebih utuh dan telah dibuktikan semasa Pilihanraya Umum 2018.

Semasa PRU 2018, segala prasangka buruk terhadap undi pos yang sering dilaungkan oleh parti pembangkang (dulu, kini dan selamanya) disenyapkan apabila beberapa kerusi Parlimen yang mengandungi beribu-ribu undi pos jatuh kepada gerombolan Pakatan Harapan . Ini menunjukkan bahawa anggota keselamatan negara bebas mengundi sesiapapun yang mereka anggap lebih layak dari pandangan politik masing-masing.

Tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak, terutamanya NGO Barat yang sering memandang rendah terhadap keupayaan negara membangun mengendali pilihanraya secara aman dan tertib bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang jauh lebih utuh berbanding negara maju. Buktinya pada tanggal 9 May 2018, yang merupakan hari yang gelap bagi penyokong UMNO, kerana pada hari yang gelap itu, kerajaan UMNO/BN tumbang kepada Pakatan Harapan.

Suasan muram di luar PWTC pada malam 9 May 2018.

Apakah penyokong UMNO berdemonstrasi? Apakah ada tomahan yang dilemparkan terhadap Suruhan Pilihanraya (SPR)? Apakah adanya pergelutan dan rusuhan di Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Johor Bahru ataupun Bandaraya Melaka?

Tidak . Tarikh itu berlalu dan penyokong UMNO/BN menerima keputusan rakyat dengan hati yang terbuka.

Bagi kami kuncinya ialah sistem Raja Berpelembagaan yang meletakkan Duli Tuanku di atas kancah politik dan Yang DiPertuan Agong, sebagai “Head of State” bagi Malaysia . Inilah keunikkan negara Malaysia yang menjadi teras kepada kestabilan politik negara. Kuasa melantik Perdana Menteri di peringkat nasional serta melantik Menteri Besar di peringkat negeri oleh YDPA/ Sultan  mengikut perlembagaan negeri masing-masing menjamin kestabilan politik negara jauh lebih baik dari sistem di Amerika Syarikat di mana pihak yang bertelagah cuba menjerit dan mengherdik pihak dan menggunapakai media massa, makamah rendah ataupun makamah tinggi.

Oleh itu kita harus merasa bangga dengan proses demokrasi yang jauh lebih subur berbanding negara – negara maju. Jikalau kami diaju persoalan dari media Barat yang sering menunding jari terhadap negara-negara timur, kami akan menjawab: “Di manakah engkau ketika undi hantu timbul di Detroit dan di Milwaukee  seminggu selepas perayaan Halloween ? Dimanakah engkau ketika beribu-ribu kertas undi terjumpa berselerak disebalik samun dan tong sampah di merata tempat Amerika Syarikat. Jawab terlebih dahulu kerana sistem demokrasi di Malaysia jauh lebih utuh dari sistem yang diamalkan di negara Barat.


Warning: A non-numeric value encountered in /home/rembauti/public_html/wp-content/themes/Newspaper/includes/wp_booster/td_block.php on line 326

LEAVE A REPLY