Kenyataan media The Rembau Times berkenaan isu darurat

0
131

Kita berserah kepada kebijaksanaan Majilis Raja-Raja dalam isu pengisytiharan darurat secara nasional. Namun, kita ingin memberi sedikit pandangan dalam isu ini.

  • Kita harus sedar bahawa wabak Covid-19 tidak akan dapat dibasmikan dalam masa terdekat. Seperti mana yang disebut oleh Presiden Amerika Syarikat, kita harus belajar hidup dengan wabak ini dan bukan mati dengan wabak ini.
  • Jikalau kita mengambil pendekataan untuk terus hidup dengan Covid-19, ianya bermakna ekonomi negara tidak akan hancur berkecai seperti mana yang akan terjadi jikalau darurat diisytiharkan tanpa adanya tanda aras yang boleh dikecapi. Maksudnya, jikalau matlamat kerajaan adalah untuk membasmi wabak Covid-19 secara total, ianya turut bermaksud bahawa ekonomi negara akan hancur berkecai oleh kerana adanya kawalan ketat terhadap pergerakan rakyat.
  • Untuk terus hidup dengan Covid-19, ianya bermaksud kerajaan perlu mengambil pendekataan untuk melipat gandakan kapasitasi sistem kesihatan awam untuk menangani first wave, second wave dan wave yang seterusnya.
  • Seperti mana yang telah diutarakan oleh The Rembau Times beribu-ribu kali, kerajaan perlu  membangun aplikasi data yang boleh menggabungkan pergerakan individu dengan risiko individu tersebut menjadi super spreader, ataupun pemangkin kepada penjangkitan wabak Covid-19. Bagi rakyat yang mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri masing-masing, maka rakyat tersebut patut diberi kebebasan untuk terus bergerak secara bebas dan menyumbang kepada kebangkitan ekonomi negara dari kemelesatan ekonomi yang kini melanda negara.

Akhir kata, kerajaan juga perlu mendapat data berkenaan apa yang dinamakan “excess death” ataupun kadar kematiaan yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sebagai contoh, dalam kegilaan media massa Amerika Syarikat menyembelih Presiden Trump, butiran data yang telah menunjuk kadar kematiaan Amerika Syarikat tidak berganjak, malah telah menurun berbanding dengan purata 5 tahun kebelakagan ini disembunyikan dari tatapan umum.

Daulat Tuanku!

Hidup Malaysia!

Hidup UMNO!

 


Warning: A non-numeric value encountered in /home/rembauti/public_html/wp-content/themes/Newspaper/includes/wp_booster/td_block.php on line 326

LEAVE A REPLY