Umno di Mersing tergendala buat sementara waktu

Mersing jatuh kepada gerombolan Pakatan Harap(an) tetapi bukan disebabkan kehendak rakyat tetapi keputusan peribadi yang kelihatan sebagai kurang waras.

0
900

Rakyat hari ini dikejutkan dengan berita sedih bahawa Ahli Parlimen bagi P154 Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini menyertai Bersatu dan dengan itu kerusi Parlimen Mersing telah jatuh kepada gerombolan Pakatan Harap(an).

Walaupun ini bukan kali pertamanya kerusi UMNO dilarikan oleh wakilnya, tetapi Mersing ini bukan calang-calang tempatnya. Daerah Mersing ini seluas 2,838 km persegi , malah hampir 5 kali lebih besar dari Singapura. Tempat ini terkenal sebagai kawasan memancing udang galah dan jeti untuk pelancong ke Pulau Tioman. Pengaruh UMNO di tempat ini amat kuat dan jikalau kita berlalu di jalan – jalan kampong, seperti Kg Air Papan, Kg Tenglu Besar dan Kg Tanjong Genting, pastilah kita akan melihat bendera UMNO berkibar dengan megahnya di kediaman ketua-ketua cawangan UMNO di sana. Lainlah kalau ianya kerusi seperti di Jeli yang berada di negeri Kelanatan yang telah lama dijajah oleh PAS, tetapi kerusi Mersing ini unik sedikit.

Mersing terkenal sebagai kawasan untuk nemancing udang galah yang besar. Ianya telah kekal sebagai kubu BN sejak zaman kemerdekaan.

Malah semangat pro UMNO begitu menebal di tempat ini dan UMNO boleh menang walaupun kayu, batu atau selipar diturunkan sebagai calon. Akan tetapi, UMNO tersalah pilih calon dan dari memilih kayu, batu ataupun selipar, UMNO telah memilih seorang yang akhirnya menikam UMNO dari belakang,

Tetapi apa yang begitu memeranjatkan kami ialah keputusan Datuk Dr Abd Latiff ini bukannya keputusan mementingkan diri sendiri tetapi keputusan yang kurang siuman. Undi UMNO – PAS di Mersing ini lebih 2.5x ganda lebih besar dari undi yang diterima oleh Bersatu. Itupun diperolehi oleh UMNO versi lama, bukannya UMNO 3.0 yang begitu kuat menonjol sejak kebelakangan ini.  Lagipun, The Rembau Times telah memberi ramalan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini hanya dapat bertahan sehingga bulan Ogos 2019 sebelum ianya jatuh. Maka kenapakah YB Mersing ini sanggup mengorbankan nama baik beliau khususnya dikalangan penyokong UMNO dan melompat masuk ke dalam sebuah bot yang sudah mula kelihatan tandan-tanda retak menuggu belah.

Apakah beliau tidak membaca ramalan The Rembau Times ataupun menghiraukan sahaja pendapat kami?

Maka itulah hak masing-masing. Hak untuk menikam UMNO dari depan ataupun dari belakang. Tetapi, janganlah terperanjat nanti parti UMNO yang kini ditikam, ditendang dan dipandang enteng oleh golongan-golongan tertentu tidak rebah tetapi membuka langkahnya di peti undi tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY