Bersatu: Hal tuju yang tidak menentu

0
622

Parti Pribumi Bersatu Malaysia ataupun PBBM merupakan parti komponen yang paling lemah dalam gerombolan Pakatan Harapan yang sedang dilanda krisis keyakinan ekoran kekalahan teruk yang diterima dari tangan UMNO/BN pada PRK Cameron Highlands yang berlangsung tempoh hari lalu.

Misi, visi dan matlamat parti tersebut amat kabur sekali. Sebilangan besar dari pucuk pimpinan parti tersebut merupakan pelarian dari UMNO disebabkan tidak sehaluan dengan kepimpinan Dato Najib ketika dia menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Pada ketika itu, ianya boleh dikatakan sebagai langkah yang murni untuk mengelakkan negara ini ditakluk oleh Jho Low dan The Rembau Times juga bersama mereka pada saat itu.

Tetapi sepertimana yang disarankan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Dato Seri Najib tidak ada lagi dalam pucuk pimpinan parti maka tiada sebab mereka untuk terus berada diluar UMNO. Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Perak, yang berkuasa atas ehsan DAP, bahawa UMNO tidak relevan jelas dibuktikan salah melalui kemenangan bergaya BN pada pertempuran sengit melawan PH-DAP di Cameron Highlands.

Maka, jikalau premis tersebut telah dibuktikan tidak bernyata, mengapakah parti Bersatu masih terus memilih untuk berdiri keseorangan sebagai parti nasionalis Melayu dan dihimpit dari kanan oleh gabungan Hindraf-DAP dan dihimpit oleh kiri oleh liberalis PKR?

Apakah parti Bersatu dibarisi dengan warlord seperti Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang memegang Pasir Salak, ataupun pemimpin akar umbi seperti Datuk Md Jais Sarday ataupun pemimpin nasional seperti Khairy Jamaluddin?

UMNO umpama kilang yang membangunkan pemimpin dari akar umbi hinggalah ke peringkat nasional. Contohnya Ketua Bahagian UMNO Kluang, Dato Jais Sarday, yang pernah berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor.

Mungkin salah satu sebabnya ialah ramai didalam parti tersebut kini sibuk mengejar kuasa, wang dan kedudukan. Malah tuntutan tersebut telah dinyatakan dengan terang – terang oleh pemimpin kanan parti tersebut dan pada konvensyen pertama dan terakhir parti Bersatu bermegah sebagai parti yang memimpun kerajaan. Bukan sahaja parti tersebut tiada matlamat tetapi ianya sering kali dilanda masalah dalaman oleh kerana pemimpin akar umbi parti tersebut tersalah anggap parti Bersatu menang besar pada PRU 14 dan sudah setanding dengan UMNO.

Sering kali juga kita kedengaran berita bagaimana parti tersebut bergolak sepertimana yang berlaku di Negeri Sembilan dan kini di Melaka. Mungkin tidak lama lagi kita akan dihiburkan dengan cerita baling kerusi , meja melayang dan sebagainya.

Misi Bersatu untuk menyelamatkan negara dari ancaman Jho Low telah tercapai. Kini lebih baik parti tersebut dibubarkan dan kembalilah kepada UMNO dan menyokong kepimpinan Dato Seri Mohamed Hassan.

Jawapannya ialah kerana parti tersebut merupakan parti serpihan UMNO dan tidak ada sebarang roh perjuangan kerana masing-masing ingin menuai sebanyak banyaknya ketika parti tersebut diberi kepercayaan untuk mengisi pelbagai jawatan kanan dalam kabinet.

Tetapi, tetapi…apakah ianya wajar apabila parti tersebut gagal untuk mendapat sokongan orang Melayu yang sudah bersatu dibawah panji UMNO-PAS? Atau erti kata lain, “what is Bersatu bringing to the table?”

Bilangan wakil rakyat Bersatu hanya sedozen, itu pun ditambah naik kepada one and a half dozen disebabkan pembelotan wakil rakyat UMNO yang lari dari parti sambil membawa kerusi yang dimenangi atas tiket BN. Lagipun banyak kerusi yang dimenangi Bersatu adalah diatas sokongan kaum Cina dan India dan bukanya atas sokongan orang Melayu. Maka Bersatu tidak ada political legitimacy untuk menganggap diri mereka mewakili suara orang Melayu. Lihat dengan sendirilah bagaimana meskipun Perdana Menteri Malaysia dan juga Pengerusi parti tersebut bersama Presidennya telah turun berkempen untuk calon Pakatan Harapan tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

Meskipun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri turun untuk berkempen namun tidak sedikit pun dapat menggugat kerusi Pos Lanai yang dijaga oleh Ketua Bahagian UMNO Paya Jeras, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman.

Mengikut pecahan, anggaran peratusan undi Melayu yang menyokong BN di PRK Cameron Highlands diantara 85%- 90%. Maka jikalau parti tersebut tidak dapat memberi apa jua impak dari segi menarik sokongan Melayu kepada gabungan PH, apakah fungsi parti tersebut selain dari percubaan memecahkan undi orang Melayu, membuat wang ataupun mengejar kedudukan?

Panglima Rembau pemimpin waras, tegas dan berkaliber. Jauh lebih handal daripada kepimpinan yang ada dalam PH.

Lebih baik rundingan dilakukan secara senyap-senyap dengan Pemangku Presiden UMNO supaya wakil rakyat Bersatu masih mempunyai karier politik yang boleh bertahan lebih lama dari tempoh sedozen bulan. Mungkin persetujuaan boleh dicapai yang boleh memenangkan semua pihak dan boleh membawa kepada kepimpinan yang lebih stabil untuk negara.

 

LEAVE A REPLY