Disinilah segala-galanya bermula

    Disinilah bermulanya kebangkitan parti UMNO untuk kembali menerajui kerajaan. Kempen BN begitu lancar dan diterima oleh masyarakat Pribumi ,meninggalkanPH jauh di belakang.

    0
    645
    Ehsan: Cilios

    Meskipun keputusan Pilihanraya Kecil Cameron Highlands hanya akan diketahui dalam tempoh masa 3 hari akan datang, namun UMNO nampaknya telah berjaya memenangi perang psikologi dan  berada dalam keadaan yang amat selesa untuk memenangi perang di peti undi.

    Bagi penyokong UMNO, khususnya mereka yang telah mengharungi pelbagai cabaran pada tahun yang sebelumnya, jendela 2019 nampaknya sudah membuka lembaran baru bagi perjuangan parti UMNO.

    Sebelum ini, ramai pemimpin PH menganggap bahawa UMNO akan kecundang dan tidak dapat menggerakan jentera parti disebabkan tiadanya lagi sebarang habuan ataupun peruntukan. Tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh kesemua barisan pimpinan tertinggi UMNO yang berceramah tidak berhenti-henti di setiap pelusuk kawasan Parlimen Cameron Highlands serta disokong oleh meriam laskar siber UMNO sudah cukup untuk menggerunkan Pakatan Harapan.

    Jelas sokongan orang Melayu, yang merupakan majoriti rakyat di negara ini sudah kembali ke pangkuan UMNO.

    Ketua UMNO Bahagian Paya Jaras, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menzahirkan keyakinan UMNO akan mempertahankan penguasaanya di Pos Lanai. Ehsan: Media UMNO

    Malah PH sudah mula membaca tanda awalan bahawa mereka bakal kecundang di PRK  Cameron Highlands. Tetapi, ianya tidak akan berhenti di sana. Kekalahan di Cameron Highlands akan disusuli dengan kekalahan di DUN Semenyih. Malah PH akan terus kalah di hampir setiap PRK yang bakal diadakan sehingga tewas di Pilihraya Umum ke 15, yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

    Pemangku Presiden UMNO, Dato Seri Mohamd Hassan begitu berpuas hati dengan kempen UMNO/BN setakat ini.

    Pekara ini mungkin sukar untuk diterima oleh para pengikut fahaman Harapanisme.

    Tidakkah mereka bersorak beramai-ramai melihat begitu ramai Ahli Parlimen UMNO melangkah keluar dari parti? Apakah ada diantara mereka yang tidak berhenti-henti mengakses lembaran Wikipedia dan melepaskan senyum yang lebar apabila melihat jumlah Ahli Parlimen UMNO semakin berkurangan.  Pada tanggal 10 hb Mei 2018, UMNO ada 55 Ahli Parlimen . Sekarang yang hanya tinggal 37 kerusi sahaja. Mengapa PH perlu yang kini menjadi Kerajaan Persekeutan merasa takut dengan parti 37 ahli parlimen ini? Mengapa “ketua di sebalik tabir PH” begitu ghairah mengawasi langkah ahli Parlimen Pekan sehingga digelar sebagai Menteri Hal Ehwal Najib?

    Kempen BN begitu mendapat sambutan khususnya oleh golongan belia. Kemenangan BN di Cameron Highlands akan menjadi titik bersejarah dan akan disusuli dengan kempen habis-habisan mendapat kembali kerusi BN yang dilarikan PH pada PRU 14.

    Jawpannya ialah kerana PH sedar jikalau orang Melayu bersatu dibawah panji UMNO – PAS maka mustahil untuk PH mengulangi kejayaan ulung kalinya yang dicatat pada tahun 2018. Kejayaan julung kali itu, jangan dianggap sebagai permulaan trend baru dalam sejarah negara. Mampukah parti-parti dalam PH menandingi UMNO yang telah wujud selama 72 tahun, berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini, begitu banyak membangunkan negara ini dan mempunyai cawangan dari Banjaran Titiwangsa sehinggalah perairaan di Lautan Sulu. Apakah mereka tidak tahu orang Melayu hanya merehatkan UMNO buat seketika sahaja sebelum UMNO akan diturunkan semula untuk bertarung dalam PRU yang akan datang.

    Tahukah PH di mana letaknya Bukit Ibam?

    Malah rakan sekutu PH, khususnya mereka dari Bersatu dan Amanah mungkin mula merasa gusar dan cemas melihat ap kemarahan orang  Melayu yang merebak luas oleh kerana pemimpin PH berucap seperti Malaysia ini dia punya. Biarlah adik kakak yang baru menyertai pertarungan politik menyimpan beg Hershel yang diberi semasa konvensyen parti Bersatu  sebagai kenang-kenangan.

    Beg Hershel yang bernilai beberapa ratus ringgit diagihkan pada perhimpunan agung 2018 parti Bersatu.

    Mungkin dalam masa 2-3 tahun akan datang, ketika UMNO kembali menjadi tunjak kerajaan, beg tersebut boleh dilelong di internet sebagai artifek bersejarah ataupun harta purba kala.

     

    Jawapan:

    Itulah kehebatan UMNO!

    LEAVE A REPLY