Peranan pencacai dalam perjuangan UMNO

    0
    301

     

    Kalau kita betul-betul berterus terang, ketika zaman UMNO berkuasa tidak lama dahulu, pencacai dengan UMNO berpisah tiada.

    Ini tidak pelik kerana UMNO yang berkuasa tidak lama dahulu, khususnya dibawah rejim Najib (2009 – 2018),  telah jauh tersasar dari asal usul perjuangannya kepada menjadi parti kleptokrat.  Pemimpin yang ada dalam UMNO pada masa itu jikalau menjawab dengan benar apabilia diaju persoalan apa itu fasal 1 dalam perlembagaan UMNO akan menjawab : “Cash is King. fasal kedua is jangan lawan tauke.”

    Malah oleh kerana pemimpin UMNO ketika itu jenis “macam itulah dan malas untuk berkempen, kaum pencacai ini memainkan peranan yang amat penting untuk menterjemah strategi politik kepada masyarakat umum bagi memastikan kemenangan BN/UMNO dalam pilihanraya umum.

    Tetapi sebelum kita mengupas topik ini dengan lebih lanjut, kita perlu menerangkan dengan lebih mendalam siapakah yang dimaksudkan sebagai pencacai UMNO? 

    Secara amnya, specis pencacai UMNO pada waktu itu terdiri dari Bloggers UMNO dan facebookers UMNO yang menyokong UMNO kerana dibayar oleh pihak-pihak tertentu.  Di antara mereka, ada yang dikategorikan sebagai “Bloggers Elite”, Bloggers Lipas dan sebagainya. Ada diantara mereka yang mencipta nama kerana pandai menjadi “aggregator” – iaitu menkopi-tampal rencana yang ditulis oleh pihak lain.

    Blogger Zahrain Yassin mendedahkan dedak yang ditabur kepada bloggers UMNO.

    Ada diantara mereka yang berjaya menambah pendapatan masing –masing dengan aktiviti samunan politik, dimana mereka akan mengancam akan menyerang personaliti politik secara bergerombolan jikalau tuntutan mereka tidak dilayan.

    Namun demikian, kadang kala sumbangan mereka perlu diiktirah . Ini jelas semasa berlangsungnya PRU 13, dimana keghairahan mereka menggambarkan PAS sebagai anak keldai DAP serta melakukan “karektor assassination” ataupun “political dehumanising” terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyumbang kepada kemenangan kerajaan BN pada waktu it.

    Kartun tidak sehonoh menjadi modal Bloggers UMNO ketika PRU 13 tetapi membawa kepada kemenangan.
    Parodi Khinzir dan keldai yang dimainkan oleh bloggers UMNO telah menyebabkan PAS mematahkan hubungan dengan DAP.

    Akan tetapi, meskipun strategi yang serupa digunapakai pada PRU 14, ianya membawa kepada kehancuran kerana rata-rata rakyat pada masa itu cukup meluat kepada Najib dan kerabatnya dan menganggap Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

    Maka dengan kejatuhan kerajaan UMNO pada 10 hb May 2018, apakah terjadi kepada kaum pencacai ini?

    Ada diantara mereka menggulung tikar, menutup blog ataupun akaun Facebook dan mencari pekerjaan baru. Ada yang tidak sampai lima minit pun gambar Najib diturunkan dari bilik mesyuarat PWTC betindak berpaling tadah dan mengutuk Najib dengan sekeras-kerasnya meskipun pernah menganggap dirinya sebagai anggota “Geng Najib.” Ada yang hilang dari radar, dan ada pula yang akan berunding untuk menjadi pencacai kepada pemerintah baru.

    Akhir kata, apakah UMNO 3.0 yang sedang dibangukan oleh Tok Mat perlukan sumbangan dari kaum pencacai tersebut ataupun tidak? Jawapannya tidak begitu mudah.

    Walaupun kaum pencacai ini pernah pada satu ketika dahulu menyumbang kepada kemenangan BN, namun mereka perlu disaring untuk mengelakan UMNO mendapat nama buruk. Peranan pencacai didalam pentempuran politik tidak boleh dinafikan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara-negara moden seperti Amerika Syarikat. Pencacai digunakan untuk mengemukakan hujah dan pendapat dan mematikan serangan pihak lawan.  Namun gerak-geri mereka perlu diawasi supaya tidak mendatangkan kerugiaan politik kepada UMNO dan hanyalah mereka yang bertauliah, stabil dan elok dari rupa paras, seiring dengan penjenamaan (“rebranding”) UMNO bolehlah diiktiraf menjadi saluran cai rasmi parti.

     

    LEAVE A REPLY