Azam 2019

    Meskipun 2019 tahun yang penuh dengan cabaran, namun langkah awalan yang diatur oleh Tok Mat tepat dan bakal membuahkan hasil.

    0
    424

    2019 merupakan tahun yang bakal mencipta pelbagai rekod kerana ianya tahun pertama dalam sejarah tanah air dimana Perdana Menteri Malaysia bukannya Presiden UMNO.

    Bagi mereka yang baru sedar dari koma, pekara ini sememangnya sudah wujud. Pengusaan UMNO keatas kerajaan Malaysia telah pun berakhir.  Malaysia kini didalam kancah baru yang serba getir dimana ianya hanya akan berakhir apabila Presiden UMNO kembali dinobat sebagai Perdana Menteri.

    Namun, kita tidak perlu merasa terlalu gusar kerana kerajaan PH yang ada sekarang terlalu lemah , khususnya dari segi pengurusan ekonomi negara. Bukan sahaja harga komoditi keluaran negara jatuh merundum, malah nilai matawang ringgit turut hancur disebabkan kerajaan yang ada sekarang tidak mahir dan terlalu banyak mencipta musuh.  Anggota parti komponen PH juga sering kali telah mengeluarkan pendapat yang menghina institusi raja yang juga akan menyebabkan rakyat menjadi marah dan tidak menyokong mereka.

    Lagipun tanggapan umum, khususnya diantara orang-orang Melayu di kawasan luar bandar seperti di Gerik, di Pahat dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya ialah tanpa UMNO tiadalah pembangunan. Meskipun pekara ini pernah disindir oleh pemimpin PH tetapi hakikatnya jikalau kerajaan Federal PH bertekad tidak mahu memberi peruntukan kewangan untuk mengurus jalan – jalan raya di negeri-negeri, maka tidak hairanlah jikalau jalan raya yang dibangunkan oleh UMNO bertukar menjadi jalan kereta lembu disebabkan pemikiran sempit kerajaan PH.

    Meskipun pelbagai cara telah digunapakai untuk mendapat perhatiaan pihak Kementerian yang terbabit tetapi kesemuanya mencapai kebuntuan. Strategi kerajaan PH lebih kepada menghetam bekas keraajaan yang terdahulu dari memberi apa jua jalan penyelesaian. Jikalau PH tetap berdegil dengan langkah tersebut, sudah tentu UMNO akan dikembalikan pada masa yang terdekat.

    Sementara itu, UMNO nampaknya sudah mula mengatur strategi seiring dengan peranannya sebagai Pembangkang.  Meskipun ianya pekara yang amat pahit untuk ditelan oleh penyokong UMNO, tetapi kami percaya ianya tidak akan membawa kepada penghancuran UMNO tetapi sememangnya akan membawa kepada kejayaan UMNO pada kelak nanti.  UMNO tidak lagi dibelenggu dengan skandal pemimpinnya malah telah mula merapatkan jurang diantara akar umbi dan kepimpinan parti melalui roadshow dan talkabout.

    Maka azam bagi penyokong UMNO bagi tahun 2019 ialah supaya UMNO teguh menghadapi cabaran dan tidak lagi akan diganggu oleh isu wakil rakyatnya keluar satu demi persatu ataupun secara berpasukan. Biarlah UMNO berkuasa di Pahang dan Perlis buat sementara waktu sehingga ianya diberi mandat untuk kembali berkuasa di Federal dan di negeri- negeri lain.

    LEAVE A REPLY