Berjuang bersama beg Herschel

Kontroversi beg Herschel perlu dilihat dari sudut perjuangan.

0
592

Istilah Bahasa Inggeris “You have arrived” bukannya bermaksud anda telah tiba di destinasi tetapi membawa maksud bahawa sesorang telah mencapai kejayaan dan menjadi masyhur.  Maka kita boleh memaafkan perwakilan G8 dari cabang-cabang Parti Bersatu jikalau ada diantara mereka yang berkembang hidung dan merasa sedemikian setelah tiap-tiap ahli delegasi dilengkapkan dengan cenderamata beg Hershel yang begitu mempersonakan sempena perhimpunan agung kedua parti tersebut.

Pekara tersebut dilihat sebagai amat janggal disebabkan beg tersebut berharga lebih dari RM 300 sebiji sedangkan ramai diantara kita yang tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat dan menampung perbelanjaan anak untuk ke sekolah kelak nanti. Kalau perjuangan politik itu dilihat sebagai peraduaan,  maka tidak hairanlah perwakilan Bersatu menikmati “spoils of war” tetapi nampak kurang elok dan kurang kena pada masa dan tempatnya. Menurut akhbar The Star sebanyak 1,152 biji beg telah ditempah bagi majilis tersebut.

Sebagai media atas talian yang menyokong parti UMNO kami prihatin mungkin ada diantara anggota parti UMNO, khususnya dari Puteri UMNO,  yang mungkin merasa sedikit irihati melihat bekas rakan seperjuangan yang telah menyeberang ke sana berfesyen dengan beg Herschel sedangkan UMNO tidak mampu memberi apa jua sumbangan buat masa ini.

Akan tetapi apakah perjuangan UMNO boleh disamakan dengan beg jenama barat ini? Apakah para kaum ibu yang telah lama berjuang untuk parti pernah meminta sebarang perkasas mahupun sekaki payung ketika turun padang untuk menjayakan program dan atur cara parti?

Beg Herschel lambang perjuangan parti Bersatu.

Sebenarnya dalam episod beg Herschel ini terserlah perbezaan ketara diantara UMNO dan Bersatu. Parti UMNO ini dilahirkan di Istana, menjiwai perjuangan orang Melayu, lengkap dengan sejarah yang penuh bermakna dan lambang yang dikenali dari banjaran Titiwangsa hinggalah ke Laut Sulu. Parti Bersatu dilahirkan melalui internet, hanya wujud setahun dua, erti perjuangannya tidak jelas dan oleh itu, terpaksa dilengkapkan dengan beg rekaan orang Kanada untuk menutup kekurangan dalam parti.

Hidup UMNO!

LEAVE A REPLY