UMNO perlu menjadi ‘agile’ untuk mara ke depan

Rembau Times memberi sedikit rangsangan kepada Pemangku Presiden UMNO supaya beliau akan mencapai kejayaan demi kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional.

0
623

The Rembau Times ingin mengucapkan semoga maju jaya kepada YB Dato Seri Mohamed Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas –tugas sebagai Presiden UMNO disebabkan pengunduran diri  Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tempoh hari lalu. Ianya merupakan tanggungjawab yang amat berat yang terpaksa digalas ketika UMNO berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran.

Pemangku Presiden UMNO dan Ketua  Bahagian UMNO Rembau.

Maka, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri meragui betapa lamanya Tok Mat dapat bertahan ketika berdepan dengan cabaran berat tersebut. Apabila ditanya oleh pihak pemberita berapa lama beliau akan berehat, beliau memulangkan paku buah keras dengan menjawab secara selamba:”“Sehingga Tok Mat rasakan beliau tidak sanggup lagi pikul tanggungjawab itu atau (setelah) beliau yakin saya boleh teruskan tugas dan tanggungjawab.”

Tetapi, berdasarkan semangat Setiakawan bersama dengan kepimpinan UMNO Bahagian Rembau , The Rembau Times ingin berkongsi sedikit pengalaman supaya bukan sahaja Tok Mat akan berjaya menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna, tetapi beliau akan diperingati sebagai wira yang berjaya memulihkan UMNO dan membawa UMNO kembali berkuasa di Putrajaya . Kita berharap UMNO Bahagian Rembau akan menikmati status yang lebih mulia berbanding UMNO di bahagian lain sebagai Bahagian UMNO yang diketuai bukan sahaja oleh Presiden UMNO tetapi oleh Perdana Menteri.

Berbalik kepada isu utama, bagaimanakah Tok Mat dapat mengemudi UMNO ketika dikelilingi oleh ombak yang ganas dan ribut taufan. Secara ringkas, ianya berdasarkan UMNO kenalah menjadi “agile” dan bergerak secara pantas dan efektif menggunakan prinsip 4K iaitu

  • Kembalikan Fokus
  • Kukuhkan Parti
  • Ketuk Kepala.
  • Kembali Berkuasa.

Hari ini kita akan menterjemahkan ciri “Kembalikan Fokus”.

Persoalan ini nampaknya mudah tetapi ianya tidak. Meskipun asas perlembagaan UMNO tidak banyak berubah sejak ianya parti dipertubuhkan , tetapi apakah masyarakat Melayu juga tidak berubah?

Jawapannya “Tentulah tidak.”

Masyarakat Melayu pada persekitaraan tahun 2018 jauh berbeza dengan masyarakat Melayu pada persekitaraan tahun 1948. Mereka berbeza dari pengalaman hidup, kesetiaan kepada parti politik, demografi, pekerjaan, teknologi , penglibatan wanita dan sebagainya. Tetapi meskipun masyarkat Melayu telah maju kedepan dan berjaya melahirkan usahawan – usahawan yang berjaya, namun UMNO tetap dengan struktur lama berdasarkan sistem hieraki dalam parti. Sistem feudal inilah yang mengongkong peranan anak muda didalam UMNO sehingga menyebabkan UMNO ini nampaknya tidak fleksibel, terlalu berdasarkan protokol, tidak dapat beredar mengikut zaman. Sayugia dingatkan Sains Fizik ini mengajar kita bahawa bahan cecair ini apabila dipukul, ditetak dan digoncang walau bagaimanapun akan kembali ke strukrur asal terapi struktur pepejal tegar akan hancur jikalau diperkenakan tekanan berat.

Maka diharap Tok Mat ini akan meminta diadakan UCI iaitu “UMNO Commission of Inquiry” supaya pekara ini dapat diperhalusi dengan lebih mendalam. Para penggubal dasar didalam parti perlulah tahu apakah komposisi ahli UMNO, apakah ianya berbeza dengan komposisi orang Melayu secara am, apakah demografi ahli telah berkembang sama seperti komposisi pengundi dan sebagainya.

UMNO perlu menarik kembali sokongan belia samada dengan artis endorsement dan sebagainya.

Biarlah UMNO meletakkan fokus, samada berjuang untuk ahli parti ataupun untuk orang Melayu secara amnya.  Jikalau UMNO fokus untuk berjuang untuk orang Melayu secara amnya, persoalaannya ialah samada jasa UMNO ini akan dipertimbangi oleh mereka-mereka yang kemungkinan tidak langsung akan memberi undi kepada UMNO, dan akhirnya menyebabkan UMNO tidak mendapat apa jua laba politik. Jikalau UMNO fokus untuk berjuang untuk ahli parti, ini mungkin dapat memasang jaring keselamatan khususnya bagi mereka yang dahulunya bergantung kepada kedudukan didalam kerajaan ataupun parti bagi menampung perbelanjaan sehari-harian. Akan tetapi, UMNO mungkin akan terus menjadi terlalu “self absorbed” dan tidak dapat berkembang bagi memenuhi citarasa masyarakat Melayu secara amnya.

Maka persoalaan ini bukannya senang untuk dijawab. Biarlah UMNO mewujudkan panel penyelidik yang bertauliah untuk memahami soal ini dengan lebih mendalam dan mengatur strategi berdasarkan data dan analisa yang jitu dan tepat.

Hidup UMNO!

LEAVE A REPLY