Soalan Cepu Emas Untuk Najib (Nothing To Hide 3.0)

    Najib Razak akan membuat interbiu secara langsung melalui Facebuku Live. Berikut soalan dari wartawan The Rembau Times untuk diharap akan diberi perhatian sewajarnya ole moderator Datuk Puad Zarkashi.

    0
    290

     

    (1) Apakah Dato Sri sudi mengakui bahawa ketika Dato Seri berkuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Dato Seri hanya mahu mendengar berita baik sahaja. Oleh demikian Dato Seri dikelilingi dan mendokong pengampu dan pencacai murahan yang bukan sahaja kurang cerdik, malah kadang kala mengatur strategi yang kurang siuman. Apakah komen Dato Sri?

    (2) Relakah Dato Seri sedia meminta maaf kepada Yang Berbahagia Datuk Puad Zarkashi kerana tidak mencalonkan dia menjadi sebagai calon Ahli Parlimen Batu Pahat meskipun beliau telah berkhidmat dengan begitu cermelang sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat dan sebagai Ketua Pengarah JASA?

    (3) Kenapa Dato Seri begitu phobia dengan Jho Low 1MDB? Kenapa Dato Seri membiarkan dia merompak harta negara yang digunakan untuk membeli kapal layar mewah, berjudi di Las Vegas dan modal untuk meniduri artis-artis Hollywood. Kenapa Dato Seri rela menjadikan negara Malaysia bahan tetawan umum?

    (4) Apakah perasaan Dato Seri mendapat tahu ada diantara ahli besar Kami Geng Najib Razak yang tidak sampai seminit pun UMNO sudah kehilangan kuasa sanggup menikam UMNO dari belakang dan mengeluarkan kata-kata keji terhadapmu. Ada diantara mereka yang telah menjadikan UMNO sebagai lubuk mendapat $$$ tetapi jenis yang tidak tahu mengenang budi

    (5) Kenapa Dato Sri tidak memberi ruang kepada Dato Sri Doctor Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO? Kenapa Dato Sri tidak menggalakan Dato Seri Doctor Zahid Hamidi meletakkan potraitnya di Bilik Mesyuarat Utama PWTC selari dengan protokol sebelum ini dan dapat memberi keyakinan kepada beliau untuk menggalas tugas-tugas Presiden Umno dengan sempurna?

    (6) Nampaknya Dato Sri seorang sahaja yang begitu ghairah menghentam kerajaan PH tetapi ahli-ahli UMNO lain bertindak mendiamkan diri, berunding pakej hijrah Politik dengan agen dan broker tertentu ataupun terus menghilangkan diri. Apakah kata kata semangat yang Dato Sri ingin sampaikan kepada ahli Parlimen UMNO lain yang masih setia bersama parti?

     

     

    LEAVE A REPLY