‘New deal for Felda’ visi The Rembau Times bagi Generasi 2.0 dan selanjutnya

0
597
Credit: The Malaysia Insight

Jikalau tuan-tuan dan puan -puan merupakan pengundi di kawasan Felda, maka kita ucapkan ‘syabas’ dan ‘tahniah’ kerana haltuju negara tercinta ini kini berada di tangan tuan – tuan dan puan-puan.

Ini kerana kuasa undi yang ada di tangan tuan-tuan dan puan-puan boleh dikategorikan sebagai ‘undi kuasa tinggi.’ Malah, setiap satu undi yang ada di tangan tuan-tuan dan puan-puan dianggarkan 5 kali lebih berkuasa berbanding pengundi dikawasan bandar.

Maka dengan itu, The Rembau Times ingin berkongsi idea, visi dan matlamat kami bagi peneroka Felda dan keluarganya kerana kamu ini sememangnya golongan yang istimewa.

Terlebih dahulu, disebabkan pandangan kami dikongsikan ketika bahang pilihanraya semakin hangat, maka mahu tidak mahu, ada diselitkan sedikit sebanyak pandangan politik. Kami terpaksa berbuat demikian kerana kejayaan visi The Rembau Times banyak bergantung kepada kerajaan yang kelak berkuasa.

Namun kami berjanji pandangan politik itu kami terhadkan kepada 3 perenggan sahaja dan 190 patah perkataan.

Perenggan pertama, jikalau tuan puan percaya dan menaruh harapan kepada barisan pemimpin BN di bawah untuk  menjayakan hasrat tuan puan demi kesejahteraan kaum keluargamu, kami syorkan sokonglah Barisan Nasional dan tidak payah membaca terus lagi pandangan kami ini.

Percaya dengan mereka? Sokonglah BN tak demi apa jua sebabmu. Tak payah beri alasan pun.

Perenggan kedua: Ini disebabkan kami di The Rembau Times tidak menaruh sebarang harapan kepada mereka yang tertera di atas untuk merealisasikan visi the Rembau Times bagi warga Felda. Meskipun banyak pekara dikemukan di medan pentas ceramah gabungan Pakatan Harapan,  namun kami ingin fokuskan kepada satu sahaja pekara yang diambil sebagai teras yang membentuk pandangan kami.

Perenggan ketiga dan terakhir: Ini tidak lain tidak bukan pembeliaan ekuiti minoriti ke dalam syarikat Indonesia bernama Eagle High Plantations sebanyak RM 2 billion ataupun IDR 580 satu saham. Harga terakhir EHP diniagakan pada sesi 16hb April, 2018 ialah IDR 234 satu saham. Biarlah tuan – puan menghitung untung ruginya pelaburan ke dalam syarikat milik orang asing menggunakan dana Felda. Bagi kami, asa pelaburan tersebut tidak logik kerana ianya sekadar pembelian ekuiti minoriti, harga yang dibeli ketika itu lebih 95% berbanding harga dagangan saham tersebut dan akhirnya ianya merugikan Felda dan peneroka secara amnya.

Bagi kami, pelaburan sedemikian merupakan pekara yang tidak boleh dimaafkan dan tidak sehaluan dengan cara melabur The Rembau Times, iaitu biar RM 1 dilabur menjana kitaran wang sebanyak RM 10.

Maka dengan itu, biarlah kami berhujah apakah yang dimaksudkan oleh “New deal for Felda” yang ingin kami berkongsi dengan saudara pembaca sekalian.

Asasnya, ialah kita melihat peranan Felda, “Federal Land Development Authority” ataupun “Lembaga Kemajuaan Tanah Perseketuan” perlu diperhalusi dari sudut yang baru.  Bagi kami industri berasaskan aktiviti “pertaniaan” kelapa sawit ini industri yang lapuk disebabkan

  1. Kurang memberi hasil yang setimpalnya: Kalau satu hektar (Ha) ladang kelapa sawit dapat menjana kira 25 mt buah tandan kelapa sawit (“FFB”) setahun, maka hasil bersih yang bakal diperolehi hanyalah kira-kira RM 12,500 satu hektar, menggunakan harga purata RM 500 satu tan FFB. Itu pun dikiranya tandan itu Gred A. Maka, jikalau bilangan peneroka bersama keluarganya sudah berjumlah lebih dari 1 juta orang, maka secara puratanya, tanah Felda yang berjumlah kira-kira 800,000 Ha itu tidak secukupnya untuk menjana aliran wang yang dapat menampung keperluaan masyarakat Felda.
  2. Harga minyak sawit mentah tidak akan naik secara mendadak seperti tahun 2007/2008. Ini disebabkan oleh kerana negara Indonesia mempunyai tanah yang begitu luas dan dapat menampung apa jua peningkatan kepada permintaan dunia.
  3. Industri kelapa sawit banya bergantung paut kepada pekerja asing yang bukan sahaja mengakibatkan pengaliraan luar matawang negara tetapi juga mengundang kesan sosial.
  4. Industri kelapa sawit tidak sesuai untuk diceburi Generasi 2 dan Generasi 3 yang lebih memerlukan pekerjaan yang dapat menjana keuntungan yang lebih tinggi, lebih stabil dan boleh membawa kepada kepakaran yang bakal “diperhebatkan” lagi

Maka untuk itu, kami di The Rembau Times mencadangkan kepada pemimpin Pakatan Harapan supaya pendekataan dibawah diambil kelak demi mewujudkan komuniti Felda sebagai komuniti berpendapatan tinggi sambil menikmati suasana hidup di kawasan kampong.

1. Prinsip  berteraskan pelaburan modal RM 1 juta satu hektar disediakan untuk pembangungan tanah Felda berteraskan industri hidroponik, industri akua kultur, industri pertaniaan, industri perkilangan barangan ringan, dan perkhidmatan – perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan kesihatan, penyelengaraan jentera berat, pembinaan, perakuanan, pengurusan kekayaan, guaman, penyelengaraan sistem-sistem pertaniaan pintar dan sebagainya.

Biarlah Gen 2 dan Gen 3 maju selangkah kedepan berteraskan industri pertanian berteknologi tinggi.

Tanah Felda ini akan diubah suai supaya ianya  lengkap setaraf dengan komuniti pertaniaan yang paling moden didunia. Sebagai matlamat awal, sebanyak 150,000 Ha tanah peneroka akan dibangunkan bagi tempoh waktu 5 tahun akan datang dengan pelaburan kasar sebanyak RM 150 billion, ataupun RM 30 billion setahun.

2. Setiap satu peneroka Generasi 2 dan Generasi 3 yang sudah berumur 30 tahun ke atas dibimbing untuk menjadi ‘bos’ sendiri. Ini bermaksud mereka akan memegang saham ekuiti ke dalam perusahaan sederhana kecil samada secara bersendiriaan ataupun secara usahasama.

Setiap satu perusahaan serdehana kecil yang dipelopori oleh warga Gen 2 ataupun Gen 3 akan disokong pelan bisnes oleh penyelidik kerajaan. Perlaksanaan Pelan bisnes akan dipantau rapi supaya ianya dapat menjana keuntungan 10 kali ganda modal yang dilaburkan oleh kerajaan dan bank-bank swasta.

3.  FGV akan dirombak semula dari menjadi syarikat berasaskan industri kelapa sawit kepada syarikat barangan pengguna dan pengendali rangkaian bekalan. Rangkaian bekalan FGV akan diperluaskan supaya ianya dapat menampung keperluaan masyarkat Malaysia dan khususnya masyarakat Melayu diseluruh pelusuk tanah air. Rangkaian bekalan FGV ini akan merangkumi dari tahap bekalan produk yang akan diusahakan oleh usahawan dan usahawati warga Felda sampai ke tahap pautan terakhir, bermaksud sampai ke tahap gedung membeli belah. Dato Zakaria juga akan dikembalikan menerajui FGV

4.  Jenama produk Felda akan dibangukan supaya ianya dikenali sebagai jenama bermutu tinggi, segar dan sesusai dengan permintaan tempatan dan juga akan diexpot ke negara jiran. Ini bermaksud kakitangan Felda di peringkat puast akan diberi matlamat memantau produk-produk keluaran warga Felda supaya sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

5. Universiti Putra Malaysia akan diperluaskan supaya menyediakan pendidikan berterusan bagi warga Felda. Kursus – kursus singkat akan disediakan bagi memberi kemahiran kepada warga Felda supaya mereka boleh menceburi bidang-bidang yang diminati dan dapat menjana kekayaan menerusi kemahiraan yang akan dibakal ditimba oleh para peserta.

6. Menghapuskan sistem feudal dan sistem berteraskan politik dimana pilihan politik menjadi kayu pengukur kepada kejayaan seseorang. Segala aktiviti berpolitik mahupun dari kerajaan ataupun pembangkan kenalah menggunakan dana parti-parti tersebut dan tidak akan menggunakan jentera kerajaan. Ketua cawangan politik tidak akan diberi apa jua keistimewaan yang lebih dari keluarga peneroka yang lain. Berpolitik itu hanyalah sebagai wadah perjuangan dan bukannya sebagai wadah mencipta kekayaan.

Pemimpin muda pilihan kami. Tidak ketagih wang dan berjuang demi belia.

Apakah ada diantara mereka yang meremehkan pekara diatas dan merasakan pelaburaan RM 30 billion setahun itu dianggap terlalu sukar?

Adakah mereka berpengalaman mahupun berkemampuan? Bekas Perdana Menteri yang membangunkan Malaysia, Bekas Timbalan Perdana Menteri yang berkorban demi prinsip, Bekas Menteri Besar yang berani melawan arus.

Bagi kami, ianya tidak sukar jikalau Kerajaan Malaysia dikenali sebagai kerajaan yang telus dan berwibawa.

Tetapi ianya bergantung kepada ketelusan mereka yang diberi tanggungjawab memerintah serta  kecekapan dan kemahiran dalam sektor kewangan  dan strategi pembangunan.  Dalam pada ini, kami lebih bersedia berlontar pendapat serta berkongsi fikiran dengan kepimpinan Pakatan Harapan bagaimana untuk menjayakan visi “New deal for Felda “ ilham The Rembau Times.

Nota: Minta maaf jika terasa ataupun tersalah eja 🙂

2. Pandangan kami melabur modal lebih berbaloi dari menghapuskan tol.

 

 

LEAVE A REPLY