Menjawab Puad Zarkashi

0
248

Ini merupakan ulasan ringkas untuk menjawab nukilan Ahli Majilis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkenaan gesaan Timbalan Presiden PAS supaya diadakan RCI (Royal Commission Inquiry) menyiasat 1MDB.

Beliau menganggap gesaan tersebut sebagai idea yang dangkal.

Dalam pada itu, kami juga bersetuju bahawa idea mewujudkan RCI untuk menyiasat 1MDB ini sememangnya idea yang cukup dangkal.

Tetapi sebabnya amat berbeza.

Kami berpendapat sedemikian oleh kerana kesemua kemungkaran dan pembohongan berkaitan 1MDB sudah pun dijawab melalui saman civil DOJ yang setebal lebih daripada 250 muka surat.  Sah wang rakyat telah disalah gunakan, sah berbillion telah dilencongkan, maka buat apa kita hendak membuang masa untuk menubuh RCI?

Persoalannya senang sahaja, samada PAS mahu terus bersama-sama menutup kemungkaran ataupun mereka hendak menentangnya? Kita tidak payah membazirkan masa dan tenaga untuk mencapai kata putus kepada persoalan di atas. Kesemua bukti telah pun disediakan maka terpulanglah kepada pemimpin dan ahli PAS untuk membuat keputusan.

Ulasan lanjut berkenaan nukilan blogger tersohor Sdr Sahabuddin Husin seandainya wang berbillion – billion itu dibelanjakan dalam negara, maka isu berkenaan DOJ itu tidak akan timbul sama sekali.

Kami juga bersetuju dengan pandangan tersebut. Tetapi ianya memerlukan penerangan yang sedikit mendalam.

Ketika seseorang individu memperolehi dana berdenominasi US Dollar, maka mahu tak mahu, beliau akan tetap jatuh di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat. Ini kerana meskipun kita membuka akaun di bank persisiran luar negara, kesemua transaksi akan melalui bank-bank yang menjadi ahli kepada Federal Reserve System yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Ini oleh kerana  hubungan “correspondent banking” di antara bank persisiran luar negara dengan bank besar seperti Citigroup, JP Morgan dan sebagainya yang membolehkan adanya pertukaran dana berdenominasi US Dollar.

Jikalau seseorang pemimpin tidak mahu wang yang dilencongkannya disiasat oleh badan berkuasa Amerika Syarikat, biarlah beliau menukar wang haramnya kepada matawang lain seperti Yen, Yuan ataupun Pound Sterling. Kemudian beliau bebas membeli hartanah, kapal layar dan lukisan menggunakan wang haramnya kecuali hartanah, luksisan ataupun kapal layar itu dibeli menggunakan US Dollar.

LEAVE A REPLY