Menunggu saat Jho Low mendapat hidayat

0
379
Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.

Surat terbuka Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang berkenaan isu 1MDB amat menarik kerana didalamnya terdapat kiasan membabitkan dua jenis binatang.

Binatang pertama ialah unta, dan binatang kedua ialah babi.

Ulasan ini menarik kerana ianya cuba menggambarkan saman DOJ terhadap aset-aset kepunyaan pihak-pihak yang telah menyalahgunakan wang rakyat sebagai campur tangan asing ke dalam hal ehwal negara.

Jelas babi yang dimaksudkan dialam ulasan Dato Seri Hadi sebagai Amerika Syarikat. Ianya mungkin berpatutan kerana babi merupakan diantara makanan kegemaran rakyat Amerika Syarikat. Industri peternakan babi juga amat besar di negara itu sampai terdapat juga kontrek lindung nilai berdasarkan daging babi yang dinamakan “pork bellies futures” yang diniagakan didalam bursa Chicago Mercantile Exchange.

Rumusan yang cuba dibawa oleh Presiden PAS juga sedikit sebanyak cuba membentuk mentaliti pengepungan (“siege mentality”) yang banyak digunapakai oleh pihak-pihak tertentu untuk terus memegang tampuk kuasa.

Meraikan kejayaan melencongkan wang rakyat yang berbillion – billion.

Bagi pihak The Rembau Times kita tidak boleh menyokong atau mengkritik pandangan tersebut. Itu merupakan pendiriaan politik parti PAS dan tidak perlu disokong oleh mana-mana fakta.

Tetapi dalam membentuk persepsi tersebut, apakah Presiden PAS sudi menerima hakikat bahawa berjuta-juta ringgit kepunyaan rakyat telah digunakan oleh Jho Low dan kuncu-kuncunya untuk berjudi, minum arak dan meniduri artis. Pekara tersebut telah dinyatakan dengan jelas didalam saman sivil DOJ dan dilengkapkan dengan butir-butiran dan transaksi yang lengkap.

Wang rakyat digunakan untuk meniduri artis-artis.

Persoalan yang kami tertanya-tanya ialah samada Jho Low dan kuncu-kuncunya yang menjadi watak utama didalam saman DOJ ini terkalung kepada golongan unta ataupun babi?

Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh Presiden PAS sendiri kerana beliaulah yang menggunakan kiasan tersebut untuk meminta rakyat jelata terus bersabar.

Apakah Hadi meminta rakyat bersabar dan mengharap Jho Low akhirnya akan mendapat hidayat bahawa menggunakan wang rakyat untuk membeli beratus-ratus botol arak champagne Kristal, membayar balik hutang judi yang berjuta-juta dollar Amerika yang dikumpul ketika berjudi di Las Vegas dan membeli permata intan dan berlian untuk dijadikan modal untuk meniduri artis-artis di atas kapal peribadi beliau , kesemuanya itu pekara yang kurang baik?

Ketika kita menunggu Jho Low ini melahirkan rasa insafnya, biarlah kita menahan pedih dan menerima dengan hati terbuka hakikatnya cukai yang diperolehi daripada rakyat jelata sebanyak RM 7 billion akan digunakan tahun ini juga untuk membayar balik pinjaman 1MDB dari Deutsche Bank dan faedah keatas bon-bon 1MDB.

Anggap itulah sebagai kos pemulihan ahlak seekor unta yang terpaksa dipikul oleh rakyat jelata.

Kandang  unta RM 1 billion yang dibeli dengan wang rakyat

Sementara itu kita jangan terguris hati jikalau terdengar suara ketawa berdekah-dekah dari kandang unta yang  berada di kapal layar Equanimity yang dibeli dengan harga melebihi RM 1 billion, juga dari sumber dana yang dilencongkan dari 1MDB.

Proses pemulihan ahlak unta ini mungkin memakan sedikit masa dan memerlukan kesabaran.

Mereka yang mungkin sukar menahan lawak terdiri daripada individu-individu yang telah bersama-sama menyeronokkan diri di kelab-kelab malam di Las Vegas dan kapal layar mewah berkat hasil yang dapat dilencongkan daripada dana awam . Mereka terdiri daripada golongan unta yang berasal dari Arab, golongan babi yang berasal dari Barat dan golongan yang tidak jelas spesisnya yang berasal dari negara Malaysia.

 

LEAVE A REPLY