ECRL Foreign Debt Investment yang lebih menguntungkan negara Cina.

0
368
Biarlah keakraban dengan negara Cina menguntungkan negara dan bukannya negara Cina.

Seperti yang telah kami catitkan pada posting awal bulan ini, meskipun beberapa laporan media asing menggambarkan bahawa nilai matawang ringgit aksn bertambah kukuh namun pihak The Rembau Times tidak sehaluan dalam pekara tersebut.

Ini disebabkan walaupun kadar pertingkatan GDP menyerlah sedikit berbanding negara jiran namun ada beberapa faktor seperti penjualan singkat matawang US Dollar oleh pihak Bank Negara yang membimbangkan beberapa pihak (rujukkan tambahan dari TheEDGE). Tambahan pula, kerajaan bakal menanggung beban hutang yang berdenomasi matawang asing disebabkan oleh kata putus yang dicapai dengan IPIC melalui proses timbang tara.

Pekara kedua yang jarang disebut-sebut ialah beban hutang yang bakal ditanggung disebabkan oleh projek ECRL. Belanja projek ECRL ini dianggarkan sebanyak RM 55 billion, dimana sebahagian besar akan dibiayai oleh Export-Import Bank dari Cina dan kontraktor utama ialah syarikat CCCC dari Cina.

Untuk maklumat para pembaca,  pertumbuhan ekonomi negara Cina  banyak bergantung kepada hutang.  Jumlah hutang dalam sistem perbankan Cina melebihi  RMB 165 trillion (RM 98 trillion) dan ianya mengembang pada kadar yang amat pesat.  Sebahagian besar daripada hutang tertunggak tersebut ialah kepada syarikat SOE (State Owned Enterprise) , pemaju hartanah dan kerajaan tempatan (Local Government Entity).

Oleh kerana kebanyakkan penghutang tidak mampu membayar balik hutang tersebut, hutang tersebut dikompaunkan tahun demi tahun sehingga ianya kini berada pada kadar berbahaya.  Berdasarkan anggaran terkini, tambahan 1 yuan dalam sistem perbankan negara Cina hanya mampu menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak 7 fen(7 sen).

IMF menganggarkan jumlah hutang bermasalah melebihi 10% KDNK dan kerugiaan yang bakal ditanggung diantara 5% - 7% KDNK negar Cina.
IMF menganggarkan jumlah hutang bermasalah melebihi 10% KDNK dan kerugiaan yang bakal ditanggung diantara 5% – 7% KDNK negara Cina.

Berdasarkan laporan IMF, kerugian yang bakal ditanggung oleh hutang bermasalah  didalam sistem perbankan Cina dianggarakan diantara 5% – 7% KDNK Negara Cina, atau bersamaan dengan RMB 3.7 trillion – RMB 5.2 trillion (RM 2.3 trillion – RM 3.2 trillion).

“WANDA tidak lagi Wonderful”

najib-wanda-bandarmalaysia
Hasrat kerajaan untuk Dalian Wanda memacu pembangunan Bandar Malaysia mungkin tidak kesampaian disebabkan oleh tindakan CREC. (pix:Free Malaysia Tod
Harga Bon terbitan Dalian Wanda jatuh pada minggu lepas disebakan oleh tindakan CREC meminta bank-bank tempatan menganggarkan hutang terkumpul kepada konsortium tersebut.
Harga Bon terbitan Dalian Wanda jatuh pada minggu lepas disebakan oleh tindakan CREC meminta bank-bank tempatan menganggarkan hutang terkumpul kepada konsortium tersebut.

 

Sebagai maklumat latar belakang, pihak CREC, iaitu pihak penyelia bank-bank negara Cina telah mula mengambil langkah lebih aggresif untuk menangani isu tersebut. Syarikat Wanda yang digembar-gemburkan bakal mengambil alih konsortium CREC bagi membangunkan projek Bandar Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran tindakan CREC mengarahkan bank tempatan memberi anggaran terkini hutang terkumpul kepada konsortium Wanda.  Ini telah menyebabkan bank-bank dari negara tersebut menjual terus bon-bon terbitan Wanda Group kerana mendapat petunjuk yang memberi tafsiran bahawa kerajaan negara Cina tidak mahu bank-bank tempatan membiayai projek-projek pembangunan di luar negara, terutamanya oleh syarikat Wanda. Pada hemat kami, kerajaan Cina mahu CREC terbabit dalam projek Bandar Malaysia sebagai langkah memangkin prestasi syarikat kerajaan GLC Cina berbanding syarikat swasta.

Biarlah kita celik ketika berurus dengan kuasa besar.
Biarlah kita celik ketika berurus dengan kuasa besar.

Tetapi dalam ECRL, kerajaan Cina akan begitu bersungguh – sungguh memberi pinjaman kepada projek tersebut kerana beban hutangnya bukan jatuh kepada syarikat Cina tetapi bakal ditanggung kerajaan oleh Malaysia.  Kerajaan Malaysia masih mempunyai credit rating yang lebih menyerlah dari syarikat Cina ataupun kerajaan tempatan Cina berdasarkan aliran tunai yang bakal diperolehi dari pencukai negara ini.

Projek ECRL menjadi pemangkin kepada ekonomi negara Cina dan beban kepada ekonomi negara.

Oleh itu kita tidak patutnya menganggap kontraktor dari Negara Cina akan menggunakan industri tempatan untuk membina ECRL. Pendapat The Rembau Times berdasarakan projek-projek pembangungan lain yang dibiayai oleh bank Cina banyak menggunakan bahan mentah, komponen dan tenaga pekerja dari negara Cina.  Anggapan ini juga berdasarkan bahasa komunikasi yang bakal digunakan, kerana pekerja tempatan tidak fasih Bahasa Cina dan akan menghadapi kesukaran menerima arahan dari jurutera negara Cina.  Lebih-lebih lagi, syarikat tempatan  tidak dapat bersaing dari segi kos dan faktor lain dengan syarikat negara Cina oleh kerana

  1. Pertamanya saiz syarikat tersebut yang lebih besar
  2. Keduanya syarikat negara Cina tidak payah menjana keuntungan tetapi hanya menampung kos. Kebanyakkan syarikat industri Cina didalam industri bahan logam diibaratkan sebagai “zombie companies” ataupun umpama kata pepatah “hidup tak segan, mati tak mahu” kerana terdapat terlalu banyak syarikat didalam negara Cina yang menghasilkan bahan yang sama, dan
  3. Ketiganya, pertalian saudara diantara syarikat Cina dengan bank negara Cina dan kontraktor utama (Guanxi).

Kalau dahulu semasa zaman kegawatan ekonomi, kerajaan membiayai projek pembangunan untuk menjana aliran tunai didalam ekonomi negara. Ianya pernah dianggarkan bahawa RM 1 yang dilaburkan kedalam projek infrastruktur dapat menjana KDNK sebanyak RM 8 oleh kerana komponen dan tenaga pekerja datangnya dari syarikat tempatan.  Pendekatan yang sama bakal digunakan oleh Bank Cina ketika membiayai projek ECRL.  Limpahan ekonomi tersebut akan dinikmati oleh negara Cina dan bukannya negara Malaysia. Beban hutang pula akan bakal ditanggung oleh para pembayar cukai dan ini tidak baik bagi negara.

 

LEAVE A REPLY