Ikhtibar dari kemergian T Nhaveen dan Kadet Laut Zulfarhan Osman

0
242

The Rembau Times merasa sedih ke atas kemergiaan saudara T Nhaveen petang tadi.

Remaja yang berumur 18 tahun berhasrat untuk menjadi komposer muzik terkenal tetapi hasratnya tidak tercapai setelah beliau meninggal dunia susulan keecederaan yang dialaminya akibat dipukul sekumpulan remaja pagi Sabtu lalu. Kemergiaan saudara T Nhaveen juga didahului dengan insiden pembunuhan Kadet Laut  Zulfarhan Osman Zulkarnain yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Idris Haron yang berkongsi rasa simpati terhadap mangsa dan keluarganya.

Meskipun kami banyak berbeza pendapat dengan pelbagai pendiriaan yang diambil oleh Dato Sri Najib, namun kami sedar Dato Sri Najib  mempunyai perasaan bertimbang rasa dan sudi berkongsi rasa duka dan pahit yang menyelubungi rakyat berbilang kaum ekoran peristiwa malang tersebut.

Sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional kita sedar Dato Sri Najib memikul pelbagai tanggung jawab, ataupun dalam ungkapan Bahasa Inggeris – “Heavy is the head that wears the crown.” 

Mentadbir negara membangun yang terdiri daripada lebih 33 juta warganegara, menjangkau keluasaan 336,000 km persegi dengan saiz ekonomi yang melebihi RM 1.3 trillion bukanlah pekara yang mudah.

Hampir setiap minggu, pelbagai insiden timbul tanpa henti, gagal diselesaikan oleh mereka yang dipertanggung jawabkan  dan akhirnya diserahkan kepada Perdana Menteri untuk memberi kata putus .

Pekara inilah kami rasa sebagai satu kekurangan yang ada pada jentera kerajaan yang ada sekarang, tetapi kami menegaskan ianya bukan salah Perdana Menteri.

Penyebabnya ialah ada dikalangan individu dinegara ini, tidak kira remaja belasaan tahun ataupun orang kenamaan, yang tidak serik ‘membuat dosa’ kerana merasa diri mereka kebal dan tidak payah menanggung apa jua akibatnya.  Cara struktur pentadbiraan,  samada disesebuah sekolah ataupun di lembaga pengarah sesebuah syarikat, sering kali tidak dapat menangani isu-isu yang dicetuskan oleh individu-individu tersebut oleh keran pelbagai sebab.

Ini tidak bermakna mereka yang dipertanggunjawabkan mentadbir sekolah , Universiti, balai polis ataupun lembaga syarikat GLC buruk perangainya kerana tidak mampu berdepan dengan individu-individu tersebut.  Mereka kerap kali memberi alasan hanya menjalankan tugas dan tidak mampu menangani setiap satu gelagat dan karenah orang dibawah penjagaannya. Bagi pengetua diperingkat sekolah kebangsaan, mereka juga berdepan dengan cabaran persekitaran media sosial ganas yang kerap kali menjadikan teguran yang panas sebagai alasan untuk berpolitik. 

Tetapi, diantara mereka yang mengalah ada juga mereka yang sanggup berjuang.

Contohnya, kesediaan Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, untuk memberantas gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan dan GLC. Beliau tidak takut melawan arus demi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

Disini pendirian yang diambil oleh Perdana Menteri boleh membuat perbezaan yang besar.

Pendiriaannya senang sahaja – berkenanaan kenaikkan pangkat dan kesediaan pucuk pimpinan Kerajaan menerima alasan demi alasan.

Pendiriaannya ialah samada Perdana Menteri berani meletakkan syarat bahawa kenaikkan pangkat tidak lagi berdasarkan senioriti, kabel, kepentingan politik dan sebagainya. Biarlah kenaikkan pangkat diberi kepada mereka yang menunjukkan kerelaan untuk bekerja demi menjayakan visi dan matlamat kerajaan.

Jikalau ini dijadikan kayu pengukur baru maka lambat laun isu-isu yang sering timbul ini akan menjadi lebih jarang.

Biarlah ianya bermula dengan isu membuli.

Biarlah Perdana Menteri, Jemaah Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri menzahirkan kesungguhannya untuk memberantas wabak buli  diperingkat sekolah dan universiti.

Carilah seorang yang berbakat didalam jentera kerajaan yang boleh bekerja dengan pelbagai jabatan, tidak kira dari peringkat persekutuan ataupun peringkat negeri dan pasukan polis untuk mengetuai pasukan petugas khas untuk memberantas wabak membuli ini yang kian menular. Dan jikalau beliau berjaya, biarlah beliau dinaikkan pangkat supaya dapat berbakti dengan lebih meluas kepada negara.  Dan biarlah mereka, tidak kira pengetua sekolah, ketua polis peringkat daerah, pengetua universiti dan sebagainya, yang sering kali memberi alasan bahawa wabak membuli ini terlalu sukar untuk ditangani diganti dengan mereka yang mempunyai pendiriaan yang berbeza.

Inilah cara yang paling bermakna untuk menghargai memori T Nhaveen dan Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

LEAVE A REPLY