Penyingkiran Dato Zakaria umpama ‘kerja gila’.

0
339

Saham FGV dipukul badai sekali lagi apabila para pelabur bertindak menjual saham tersebut berhubung kait desas desus berkenaan penyingkiran Dato Zakaria sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Harga saham tersebut telah  jatuh mendadak sebanyak RM 0.27 ataupun lebih dari 10 peratus dari RM 2.00 yang dicatiti dipertengahan bulan Mei kepada harga penutupnya petang tadi sebanyak RM 1.73.

Isu tersebut tercetus apabila  Pengerusi FGV Holdings, Tan Sri Isa Samad ,tidak menafikan bahawa usul penyingkiran Dato Zakaria sebagai CEO FGV Holdings dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang berlangsung baru-baru ini.

The Rembau Times menganggap agenda menyingkir Dato Zakaria umpama ‘kerja gila’.  

The Rembau Times telah banyak melakukan kajian mendalam berkenaan FGV dan yakin Dato Zakaria dapat memulihkan prestasi syarikat tersebut.

Ini disebabakan Dato Zakaria hanya baru sahaja menerajui syarikat gergasi tersebut dan tidak diberi masa untuk melaksanakan agenda transfomasi.  Kebanyakkan masalah yang melanda FGV diwarisi  daripada pengurusan sebelum ini.

Semasa menjadi CEO, Dato Zakaria telah memberi pengkhususan khas untuk menguatkan sistem tadbir urus korporat FGV yang bermasalah. Hasrat beliau terbukti apabila isu berkenaan isu penipuan membabitkan anak syarikat FGV berjaya dibongkarkan.

Beliau juga kelihatan bersungguh-sungguh mengetatkan piawaian perakaunan terutamanya berkenaan penuaan penghutang. Ini merupakan pekara penting yang harus ditangani oleh pengurusan FGV disebabkan inventori dan penghutang FGV telah meningkat ke RM 4 billion sekitar penghujung tahun 2016. Tanpa adanya tadbir urus korporat yang efektif, FGV mungkin terdedah kepada banyak lagi kes penipuan dan sebagainya.

Pendekatan inilah yang dinanti-nantikan oleh para pelabur yang mahu melihat FGV ditadbir urus sebagai syarikat koperat dan tidak sebagai sebuah cawangan parti politik.

Beliau juga telah  mula menangani kos operasi FGV yang telah melonjak naik dalam dua tiga tahun yang lepas.  Isu kenaikkan kos, terutamanya kos pentadbiraan,  telah menyebabkan keuntungan syarikat tersebut jatuh secara mendadak.

Di samping itu, beliau telah meletakkan sasaran menaikkan pengeluaran tandan buah segar (FFB) dari 3.9 juta tan di 2016 kepada 5.3 juta tan menjelang tahun 2020.  Sebagai CEO, beliau perlulah diberi masa untuk menunaikan janjinya dan Rembau Times yakin sasaran ini boleh dicapai.

Namun sedemikian pihak The Rembau Times tidak menaruh sebarang keyakinan terhadap Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad. Dibawah pentadbiraan beliau, hampir kesemua petunjuk keuntungan telah merosot dan mengakibatkan nilai saham tersebut jatuh secara mendadak.

Ini membawa kepada persoalaan cepu emas kenapa pula CEO yang nampaknya berkaliber dibuang sedangkan Pengerusi syarikat  berkontrevesi tersebut dikekalkan?

Jikalau kayu pengukur kebolehan seseorang CEO GLC diukur dari segi kaliber pengurusan, maka Dato Zakaria mestilah dikekalkan.

Ataupun adakah mesej tersirat yang tidak didedahkan?

Apakah mesej sekarang bahawa kaliber bangsa Melayu dibidang koperat tidak menyerlah dan kita terpaksa mencari CEO dari benua Eropah seperti mana yang terjadi kepada MAS?

Apakah FGV akan dijual kepada syarikat Cina?

Maka kalau begitu, CEO-nya mungkin kenalah berasal dari Tanah Besar Cina.

Ataupun apakah CEO tersebut berjaya membongkar pelbagai salah laku yang merisaukan sesetengah pihak berkepentingan?

Inilah persoalan-persoalan yang patut ditanya oleh Jemaah Kabinet.

Ataupun apakah Jemaah Kabinet tidak lagi berupaya memberi apa jua pandangan, walaupun isu tersebut membabitkan sebuah syarikat yang dijadikan kayu pengukur oleh kaum lain berkenaan keupayaan orang Melayu mengurus sesebuah syarikat besar.

LEAVE A REPLY