Parti Pribumi mampu membuat kejutaan

0
206

Kalau pada mulanya, part Pribumi Bersatu Malaysia dipandang enteng, tetapi nampaknya mereka sudah nampak mula membuka langkah dan merapatkan jurang diantara BN/UMNO. Ini tidak lain tidak bukan hasil daripada titik peluh barisan kepimpinan teratas yang tidak mengenal penat berserta dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan diperingkat akar umbi.

Program Jelajah Semarak mendapat sokongan luar biasa
Program Jelajah Semarak mendapat sokongan luar biasa

Diantara program yang dilancarkan oleh Parti Pribumi ialah program Jelajah Semarak. Ceramah demi ceramah berjaya dianjurkan di kawasan-kawasan Parlimen yang dijangka akan menjadi kerusi panas menjelang Pilihanraya ke 14. Program itu juga mempamerkan kehebatan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, yang meskipun menjangkaui umur 92 tahun, namun semangat kentalnya untuk terus berjuang tidak luntur sama sekali.

Beliau nampaknya masih bertenaga untuk menerangkan isu-isu nasional yang tidak diendahkan oleh pihak berkuasa dengan kiasan yang senang difahami rakyat. Diantara isu yang diterangkan beliau ialah perjuangan parti Bersatu, skandal 1MDB dan masa depan rakyat jikalau keadaan sedia ada terus dibiarkan berterusan.

 

Mukhriz masih diterima rakyat Kedah
Mukhriz disambut mesra ketika membuat walkabout di Jerlun.

Persoalan samada parti tersebut bakal mendapat sokongan daripada masyarakat terjawap sama sekali apabila hampir kesemua acara yang diadakan oleh parti tersebut, baik dari segi ceramah ataupun ‘walkabout’ mendapat sokongan luar biasa dari rakyat berbilang bangsa.  Pekara yang lebih menyerlah lagi apabila acara tersebut berjaya diadakan di tempat yang dilihat sebagai kubu kuat UMNO. Jelas rakyat mahrean masih menghargai jasa beliau sewaktu memangku jawatan Perdana Menteri . Hampir kesemuanya membuat andaian sama, iaitu kualiti hidup jauh lebih baik dibawah zaman pemerintahan Tun berbanding  dengan zaman sekarang.

Obama dan Trump cekap mengunapakai saluran elektronik
Obama dan Trump cekap mengunapakai saluran elektronik untuk meraih sokongan

Meskipun sedemikian, parti Pribumi perlu mengambil ikhtibar untuk terus maju ke hadapan kerana mereka bakal berdepan dengan cabaran yang luar biasa ketika turun bertanding parti menentang parti Barisan Nasional. Di antara kaedah yang boleh disempurnakan ialah penggunaan media elektronik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Barack Obama dan Donald Trump ketika bertanding dalam kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Walaupun parti Pribumi tidak mampu bersaing dengan Barisan Nasional dari segi dana, sumber dan sebagainya, namun jurang tersebut dapat diatasi jikalau parti Pribumi dapat memperkasakan sistem organisiasi dengan aplikasi elektronik.

Untuk menjayakan kempen elektronik, parti tersebut mestilah mempunyai tiga asas , iaitu mesej yang terkandung didalam media elektronik, membangunkan jentera parti dan mengendalikan bilik perang untuk berkongsi maklumat melalui saluran Facebook, WhatsApp ataupun Twitter semasa berlangsungnya kempen Pilihanraya ke 14.

Seandainya parti Pribumi berupaya memperkasakan organisiasi parti, berdiri teguh dan tidak berpuak-puak, maka parti tersebut mampu memberi tentangan hebat kepada parti UMNO dan Barisan Nasional.  Sebagaimana yang dilakukan oleh Donald Trump,  kemenangan bakal dicapai dengan pengiraan yang jitu dimana setiap satu jentera parti sanggup berkorban untuk mengembangkan mesej khususnya kepada pengundi Barisan yang mampu beralih undi.

Sekiranya, parti Pribumi dapat mengembeling jentera parti sebanyak 20,000 orang, ianya sudah mencukupi untuk parti Pribumi membuat kejutaan. Ini kerana setiap satu 20,000 orang ini mampu menyampaikan mesej kepada 10 hingga 20 rakannya dan ini bermaksud peralihaan sebanyak 300,000 undi. Peralihan undi itu sudah cukup untuk membuat kejutaan di hampir 50 kerusi Parlimen dan seterusnya bakal melihat hasrat parti tersebut tercapai.

LEAVE A REPLY