Penunjuk Amaran Awalan Ekonomi Malaysia yang hampir mula menyala

1
451

Persepsi terbaru  membentuk pandangan bahawa nilai matawang negara akan bertambah kukuh ekoran langkah Bank Negara Malaysia pada penghujung tahun 2016 meminta bank-bank asing membuat komitmen bertulis untuk menghentikan dagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) dalam usahanya melindungi nilai matawang negara.

Kalau dahulunya, media massa antarabangsa sering mengkritik kerajaan tetapi nampaknya mereka telah berubah hala dengan memberi gambaran positif seperti mana yang terkandung didalam laporan Reuters yang bertajuk “Malaysia slowly winning battle against FX speculators” .

Sebagai ringkasan, laporan Reuters memetik ulasan daripada pengurus dana asing yang menyokong langkah Bank Negara Malaysia mewujudkan pasaran tempatan untuk memperdagangkan matawang Ringgit berbanding suasana sebelumnya dimana matawang Ringgit diperdagangkan melalui mekansime kontrak hadapan tanpa serahan NDF di pasaran luar pesisir.

Persoalan cepu emas ialah samada laporan Reuters tersebut tepat ataupun sebaliknya?

Persoalan tersebut hanya dapat dijawab setelah kita mengetahui apakah bezanya diantara kedua-dua mekanisme tersebut dan menilai baik buruknya langkah tersebut melalui butiran data.

Perbezaan ketara NDF berbanding dagangan didalam pasaran tempatan boleh dihuraikan kepada tiga faktor dibawah :-

  • Mekanisme pembentukan harga,
  • Pemantauan kedudukan
  • Penyelesaian kontrek.

Mekanisme Pembentukan Harga dan Pemantauan Kedudukan

Dalam NDF, kerap kali berlaku situasi dimana harga Ringgit yang diperdagangkan melalui NDF jauh lebih rendah daripada harga pasaran antara bank di dalam negara.  Pekara ini wujud disebabkan oleh dua faktor. Pertamanya perbezaan kadar faedah diantara Ringgit berbanding Dollar Amerika, iaitu isu berdasarkan asas-asas ekonomi . Faktor kedua sebaliknya berdasarkan isu permintaan dan penawaran jangka pendek yang boleh dipengaruhi oleh penyangak mata wang asing. Melalui mekanisme terbaru, menjadi penghalang kepada penyertaan oleh penyagak mata wang asing kerana ianya akan jatuh dibawah pantauan Bank Negara. Maka langkah yang diwujudkan oleh Bank Negara merupakan perkembangan positif dari sudut tersebut.

Penyelesaian kontrek.

Pekara kedua berkenaan isu penyelesaian kontrek. Isu ini perlu dihalusi secara terperinci kerana ianya bakal mengundang risiko. Dalam pasaran NDF, Bank Negara tidak mengambil penglibatan secara langsung dan penyelesaian kontrek ialah dalam matawang Dollar Amerika dan tidak membabitkan sebarang aktiviti jual beli Ringgit berbanding Dollar Amerika dan dengan itu Rizab negara tidak akan berubah.

Akan tetapi didalam mekanisme baru, Bank Negara menjadi pembeli ringgit kepada setiap penjualan hadapan dan penyelesaian kontrek ialah melalui pertukaran dana, samada melalui penjualan hadapan ataupun kontrek pertukaran mata wang (currency swap). Dibawah mekanisme ini, Bank Negara terpaksa penyelesaian kontrek akan memberi kesan kepada Rizab negara kerana adanya mekanisme pertukaran dana.

Penjualan singkat matawang asing oleh Bank Negara

Perkembangan ini membawa kepada isu pokok iaitu aktiviti penjualan singkat matawang asing berbanding Ringgit di pasaran hadapan oleh Bank Negara Malaysia. Butiran terakhir yang diterbitkan pada penghujung bulan Apr ‘17 menujukkan kedudukan terakhir Bank Negara ialah penjualan singkat  matawang dollar Amerika sebanyak USD $19 billion bagi instrumen dengan tempoh kematangan kurang daripada setahun (attach link).

Kedudukan tersebut ,yang dahulunya hanya US $3.3 ribu juta pada  Apr 2016 telah membesar hampir enam kali ganda kepada US $19.3 ribu juta dalam tempoh masa setahun, iaitu tempoh tahun pertama Datuk Muhammad bin Ibrahim memangku jawatan Gabenor Bank Negara dari Tan Sri Zeti.. Dalam tempoh yang sama, rizab negara tidak banyak berubah dari paras USD $96 ribu juta.

Hakikat inilah yang ingin dibawa kepada perhatiaan para pembaca.

Kajian berkenaan mekanisme baru Bank Negara

Jikalau kedudukan penjualan singkat matawang US Dollar terus mengembang dan mencecah paras bahaya USD $30-$40 ribu juta, sementaranya rizab negara tidak mengembang oleh kerana faktor akaun semasa yang lemah, ianya bakal mewujudkan risiko besar kepada negara.

Ini disebabkan rizah bersih, dimana ditolaknya penjualan singkat matawang dari rizab sedia ada, akan susut kepada USD $50 ribu juta. Tahap ini bakal mewujudkan tekanan spekulasi hebat dipasaran NDF tanpa adanya benteng pertahanan kukuh oleh Bank Negara dalam bentuk rizab yang besar.

Buat sementara waktu, pihak The Rembau Times berpendapat nilai kedudukan penjualan singkat US$19 ribu juta masih dalam kawalan tetapi hampir mengjangkaui paras berjaga-jaga. Pihak The Rembau Times akan terus membuat pemantuan kedudukan penjualan singkat matawang US Dollar oleh Bank Negara bersertakan ulasan seimbang bagi pihak pembaca yang dihormati.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY